Bismillah.. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda..
Salam wbt. Entri kali ini hanya luahan hati dariku yang mula melangkah ke semester baru iaitu semester 8. Saya ingatkan nak pergi add 2 subjects pagi ini sangatlah mudah prosesnya & berjalan dgn smooth tapi bila masuk hall kat Annaxe tu, Subhanallah MasyaAllah tak tahu nak cakap apa. Dengan students yang memang ramai tak terkira lebih-lebih lagi from my faculty (Faculty Education & Social Sciences). Siap ada 4 barisan yang saya tak tahu nak cakap barisan ke apa sebab budak-budak nie tak pandai beratur/ make a one or two line.
Gembira tu memang gembira sebab dapat jumpa classmates yang 3 minggu tak jumpa, boleh tukar-tukar cerita, bergelak ketawa tapi yang tak tahannya kena beratur sampai nak dekat 3 petang baru urusan add subject selesai. Bukan banyak sangat pun nak add, just 2 subjects only. Itu pun susah sangat ke. Kami bayar anda untuk buat kerja dengan lebih efisyen & berkesan ok, bukan buat kerja lambat macam ini. Tahulah add & drop session buka untuk 2 minggu tapi dalam 2 minggu ini confirm every section full & tak dapat add subject yang kami nak. Dari 1st sem lagi saya lihat tak ada improvement until now, registration subject selalu failed & very slow. Harap-harap ada berlaku perubahan untuk junior-juniorku akan datang kalau tidak jangan harap saya akan promote unirazak untuk orang di luar sana. Maaf, bukan memboikot ke apa sebab saya sedar saya study di mana sekarang cuma nak semua pihak di unirazak sedar yang kami nie bukan je student tapi customer yang perlukan perkhidmatan yang terbaik dari pihak anda, itu saja. Bukan susah mana pun.
Apapun, semester ini saya ambil 4 subjects saja termasuk 1 kokorikulum. Lab Counseling, Human Resource Management, Pengajian Malaysia & Sains Sukan. Semoga semester 8 saya dipermudahkan olehNya. Ameen.
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment