Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Al-Haq vs Al-Batil.

1 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda.

Post saya kali ini berkisarkan mengenai 'Al-Haq vs Al-Batil' bagi daurah yg saya pergi last month. Walaupun tak sempat dengar full daurah sebab ada kelas pagi Sabtu tu, tapi saya nak share summary pamplate yang mereka sediakan mengenai tajuk ini. Semoga bermanfaat =)
"Ya Allah! Tunjukkanlah kepada Kami Al-Haq (kebenaran) itu jelas nampak sebagai Kebenaran, dan kurniakanlah kepada Kami (kemampuan) mengikutnya. Dan tunjukkanlah kepada Kami yang batil itu jelas kelihatan sebagai satu kebatilan, dan kurniakanlah kepada kami (kekuatan moral) menjauhinya. Janganlah jadikan kami dikuasainya, supaya kami jangan tersesat. Jadikan Kami menjadi Pemimpin orang-orang yang taqwa." (Al-Hadith)

Pengertian Al-Haq menurut bahasa, membawa pelbagai makna dan antaranya ialah kebenaran, kewajiban, kebaikan, kepastian, kepunyaan, dan sebagainya.

Adapun pengertiannya menurut istilah bergantung dari sudut perkataan itu dilihat. Umpamanya jika dilihat dari sudut ilmu Tauhid, maka yang dimaksudkan dengan Al-Haq itu ialah Allah sebagai pemilik Kebenaran, yang menghidupkan dan mematikan, yang menguasai segala sesuatu. Dalam Al-Quran disebutkan:

(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah karena sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Al-Hajj, 62)

Manakala yang dimaksud dengan batil itu ialah lawan dari Al-Haq. Setiap perbuatan yang dilarang oleh syariah, seperti riba, zina, minuman keras, judi, marah, mencuri, khianat, sumpah palsu, curang, makan harta orang lain & anak yatim, yang dinilai buruk semuanya itu masuk dalam kategori batil. (Al-Bayanul fasil bainal haqqi wal bathii, oleh Fikri, hal 104).

Perumpamaan dalam Al-Quran

Dalam Al-Quran terdapat 255 kali ayat yang berasal dari perkataan Al-Haqqa diulang sedangkan perkataan batil hanya sebanyak 33 kali. Ini menunjukkan bertapa pentingnya nilai-nilai yang terkandung dalam ayat tersebut.

Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan." (Ar-Rad, 17)

 Pertentangan Antara Al-Haq dan Batil

Sehingga ke hari ini, kita dapat lihat pertentangan, perjuangan dan konfrontasi anatar yang haq dan yang batil. Silih berganti anatar keduanya timbul tenggelam, bergantung kepada situasi dan kekuatan-kekuatan pada setiap masa.

Tetapi sudah menjadi Sunnatullah, bahawa garis akhir dari perjuangan kedua nilai-nilai itu, kemenangan senantiasa di pihak yang benar (al-haq). Mungkin pasa suatu ketika atau pada suatu masa yang tertentu, al-haq itu kalah atau jattuh tersungkur, sedang batil bermaharajalela dan berdiri tegak (seperti pada masa sekarang, dimana negara-negara kafir mendominasi dunia dan menindas kaum muslimin). Tapi yakinlah bahawa hal itu hanya sementara waktu saja.

Dalam Al-Quran banyak sekali dijumpai ayat-ayat yang memastikan bahawa kebenaran itu akan tegak berdiri dan kebatilan itu akan lenyap. Allah SWT berfirman:

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.  (Al-Isra', 81)

Allah memberi kita kesedaran,
Kesedaran terhadap kebaikan atau keburukan.

Allah membimbing kita menuju ke arah kesedaran itu,
Membimbing ke arah yang mana?
Terserah kepadaNya untuk,
Membawa ke arah kebaikan atau keburukan.

Ibarat jika anda memiliki wang sebanyak RM 1 juta,
Apa yang akan dilakukan terhadap wang itu?
Jawapannya sudah pasti terserah kepada anda.

Bila dibimbing ke arah kebaikan,
Ia adalah satu kurnia buat kita,
Dan tugas kita ialah menghidupkan,
Kesedaran terhadap erti SYUKUR.

Bila dibawa ke arah keburukan,
Ia adalah suatu ujian,
Dan tugas kita ialah menghidupkan,
Kesedaran terhadap RENDAH DIRI dan TAWADHUK.

Mohonlah perlindungan dariNya,
Kerana kita adalah makhluk yang lemah ini,
Memerlukan kepekaan hati dengan terus menerus,
MengingatiNya dalam apa jua keadaan.

Kita diberi kebebasan memilih,
Antara yang baik atau yang buruk.

Memahami perkara yang haq dan batil,
Mampu memandu kearah kehidupan yang diredhai Allah.

Wallahua'lam.

1 comments:

Anonymous said...

Terima kasih

Post a Comment

February 7, 2011

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©