Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Pemergianmu..

0 comments
Bismillah. Selawat & salam buat Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk meraikan hari kelahiran kekasih agungNya yg satu pada 12 Rabiul Awal tahun 1432H iaitu Nabi Muhammad SAW. Hari yang paling bermakna ini tidak hanya disambut pada hari ini saja, malahan diteruskan pada hari-hari lain juga. Marilah kita memperbanyakkan selawat kepada baginda serta meneruskan sunnahnya dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah.

Saya ingin berkongsi puisi yang bermakna mengenai baginda SAW, semoga bermanfaat.

Ya Rasulullah..
Geringmu membawa petanda,
kau kan pergi menghadap Yang Esa
Disisi Humaira’ isteri tercinta
Dikelilingi sahabat juga saudara


Sebelum pergi kau bisik padanya
Membuat puterimu tersenyum gembira
Kau menunggu kedatangannya
“di akhirat sana kita berjumpa”


Setelah kau pergi sunyilah kota
Hiba Umar tidak terkata
Akan dipenggal semua kepala
Andai dikhabarkan kau telah tiada
Namun imannya kukuh sentiasa
Direlakan juga walau terpaksa


Bilal pergi keluar kota
Kerana pilu tidak terhingga
Setelah lama kau bersemadi
Kota sunyi tidak berpenghuni
Tiada kau sebagai penyeri
Suka dan tawa tidak didengari


Mimpi Bilal kau datangi
“adakah aku tidak kau sayangi??
Wahai Bilal,ziarahlah ku disini
Rindu padamu tidak terperi”
Menangislah Bilal bangun dari lena
Tidak disangka baginda menunggunya
Segera berkemas pulang ke kota
Berlarilah unta meredah benua
 
Di saat tiba di dalam kota
Di makam Baginda terduduk hiba
Air mata menitis jua
“betapa ku rindu pada Baginda!”


Dengan semangat dan azam baru
Gunung kau daki tanpa ragu
Azan dilaung memuji Yang Satu
Suara merdu memecah di kalbu
Menangislah seluruh penduduk kota
Azan mengimbau kenangan bersamanya
Tidak didengar sekian lama
Kini bergemanya menusuk di jiwa


Beramai-ramai menjalankan kewajipan
Wajah Baginda bermain difikiran
Alangkah rindunya tanpa sempadan
Namun hidup perlu diteruskan…. 

Credit to: Pemergianmu


Wallahua'lam. 

0 comments:

Post a Comment

February 15, 2011

Pemergianmu..

Bismillah. Selawat & salam buat Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk meraikan hari kelahiran kekasih agungNya yg satu pada 12 Rabiul Awal tahun 1432H iaitu Nabi Muhammad SAW. Hari yang paling bermakna ini tidak hanya disambut pada hari ini saja, malahan diteruskan pada hari-hari lain juga. Marilah kita memperbanyakkan selawat kepada baginda serta meneruskan sunnahnya dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah.

Saya ingin berkongsi puisi yang bermakna mengenai baginda SAW, semoga bermanfaat.

Ya Rasulullah..
Geringmu membawa petanda,
kau kan pergi menghadap Yang Esa
Disisi Humaira’ isteri tercinta
Dikelilingi sahabat juga saudara


Sebelum pergi kau bisik padanya
Membuat puterimu tersenyum gembira
Kau menunggu kedatangannya
“di akhirat sana kita berjumpa”


Setelah kau pergi sunyilah kota
Hiba Umar tidak terkata
Akan dipenggal semua kepala
Andai dikhabarkan kau telah tiada
Namun imannya kukuh sentiasa
Direlakan juga walau terpaksa


Bilal pergi keluar kota
Kerana pilu tidak terhingga
Setelah lama kau bersemadi
Kota sunyi tidak berpenghuni
Tiada kau sebagai penyeri
Suka dan tawa tidak didengari


Mimpi Bilal kau datangi
“adakah aku tidak kau sayangi??
Wahai Bilal,ziarahlah ku disini
Rindu padamu tidak terperi”
Menangislah Bilal bangun dari lena
Tidak disangka baginda menunggunya
Segera berkemas pulang ke kota
Berlarilah unta meredah benua
 
Di saat tiba di dalam kota
Di makam Baginda terduduk hiba
Air mata menitis jua
“betapa ku rindu pada Baginda!”


Dengan semangat dan azam baru
Gunung kau daki tanpa ragu
Azan dilaung memuji Yang Satu
Suara merdu memecah di kalbu
Menangislah seluruh penduduk kota
Azan mengimbau kenangan bersamanya
Tidak didengar sekian lama
Kini bergemanya menusuk di jiwa


Beramai-ramai menjalankan kewajipan
Wajah Baginda bermain difikiran
Alangkah rindunya tanpa sempadan
Namun hidup perlu diteruskan…. 

Credit to: Pemergianmu


Wallahua'lam. 
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©