Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda.
Alhamdulillah, syukur padanya kerana telah selesai salah satu program dalam bulan Mac ini iaitu Kem Kaunseling 2011 bagi salah satu assignment dalam subjek Counseling Laboratory. Walaupun banyak rintangan yang kami perlu tempuhi untuk kem ini tapi Allah permudahkan segala urusan kami akhirnya.
Hari Jumaat 4 Mac setelah selesai urusan pendaftaran peserta, kami menunggu 2 buah bas yang dijangka tiba pada jam 3.00 tetapi 2 buah bas tersebut tiba lewat 2 jam iaitu pada pukul 5.00. Perjalanan diteruskan sehingga kami berhenti untuk solat di R & R Seremban. Tiba-tiba bas yang kedua ada masalah dengan air cond sehingga berbau hangit macam ada benda yang terbakar dalam bas. Jadi, kami berhenti sebentar di R & R Ayer Keroh dan berlakulah pertukaran peserta di mana peserta lelaki bas yang pertama bertukar ke bas yang kedua serta peserta perempuan bas ke dua tukar ke bas pertama. Dalam kekecohan tersebut alhamdulillah kami selamat tiba di Akademi Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal Melaka pada jam 8 malam. Tiba saja di sana, kami bersiap sedia untuk majlis perasmian. Tepat jam 9 malam, YB Durian Tunggal Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip tiba. Majlis perasmian diteruskan dengan ucapan dari Pengarah Progam, Iqbal Afandi seterusnya ucapan Pn. Sabariah merangkap pensyarah bagi subjek Counseling Laboratory dan seterusnya ucapan perasmian dari YB Hj Wahab. Setelah tamat majlis perasmian, bermulalah LDK1 iaitu Sesi Suai Kenal di mana aktiviti yang dilakukan ialah Along & Acu, Tiup Belon dan Ben 'Say' yang diconduct oleh Nazirul dan Fuad. Selesai LDK 1, peserta menikmati makan malam dan seterusnya berehat untuk persediaan aktiviti yang seterusnya esok.
Hari Sabtu 5 Mac bermula dengan solat Subuh berjemaah bagi yang beragama Islam & aktiviti lain bagi bukan Islam. Selepas itu, peserta menikmati sarapan pagi masing-masing. Tepat jam 8.30 pagi, bermulalah sesi perkongsian dari Kak Munirah bekas pelajar BEd major Counseling. Alhamdulillah, Kak Munirah sekarang bekerja di Subang dalam bidang Human Resouce. Perkongsian kali ini lebih menjurus kepada persediaan sebelum, semasa dan selepas praktikal nanti. Tamat sesi perkongsian dari Kak Mun, setiap kumpulan perlu mengikut fasi masing-masing untuk 'Sesi Ta'aruf' untuk mengenali ahli kumpulan dengan lebih dekat lagi. Pada jam 11.30 pagi, LDK 2 iaitu It's Me yang diconduct oleh Vasugi bermula di mana setiap peserta perlu mencari barang yang ada disekelilingnya dalam masa 5 minit selepas itu fasi memilih mana-mana peserta untuk dibentangkan di hadapan peserta-peserta lain. Barang yang mereka ambil itu mewakili diri mereka. Setelah tamat LDK 2, peserta diberi masa 2 jam sehingga 2 petang untuk makan tengahari, solat, berehat dan sebagainya. LDK 3 'Komunikasi' bermula pada jam 2.30 petang diconduct oleh Nazirul. LDK kali ini untuk melihat komunikasi berkesan diantara peserta dalam kumpulan masing-masing melalui lukisan gambar yang ditunjukkan oleh fasi. Komunikasi berhala-hal agak sukar sedikit kerana ahli kumpulan perlu menjerit di kejauhan & ia agak membantutkan pelukis setiap kumpulan melukis apa yang disebutkan oleh ahli kumpulan masing-masing. Setelah tamat LDK 3, peserta dijamu dengan minum petang. LDK 4 diteruskan dengan Iron Chef diconduct oleh Atikah Syazana. Peserta diberi barang tidak seimbang seperti ikan cencaru 2 ekor, kentang 2 biji, garam, serbuk lada hitam, daun pisang, aluminium foil dan perlu memasak mengikut kretiviti sendiri. Jika ada kumpulan yang tiada garam, mereka perlu meminta kumpulan lain dan sebaliknya. Setelah diambil markah oleh juri, Puan Sabariah & Encik Salleh mereka boleh makan ikan yang mereka masak. Selesai LDK 4, peserta di beri rehat sehingga jam 8.30 malam untuk solat, bersihkan diri. Sebelum 'Malam Kebudayaan' dimulakan, peserta menikmati BBQ yang disediakan oleh fasi beserta nasi goreng. Malam Kebudayan kali ini dipersembahkan oleh 7 kumpulan dengan tema yang berbeza-beza. Ada dapat tajuk cerita lama, patriotisme, jenaka, movie English, Hindustan dan sebagainya. Sebelum masing-masing pulang ke bilik, fasi diminta melakonkan satu sketsa & kami menyanyikan lagu tema 'Teman Sejati'.
Hari Ahad iaitu hari terakhir tidak begitu banyak aktiviti kerana Puan Sabariah & Encik Salleh bergegas untuk ke Sabah/Sawarak pada jam 5 petang. Jadi, aktiviti diteruskan dengan 'Jungle Tracking' pada pukul 8 pagi hingga 9 pagi. Alhamdulillah, kami dapat menyusuri tepi empangan Durian Tunggal yang cantik, ladang-ladang getah serta membasahkan kaki dalam tali air. Majlis penutupan dimulakan pada pukul 10 pagi dengan ucapan dari Encik Salleh, Iqbal Afandi dan akhir sekali Puan Sabariah. Bagi penyampaian hadiah pula, ada 7 kategori iaitu Bakal Kaunselor Lelaki & Perempuan Harapan, Peserta Lelaki & Perempuan yang Aktif, Peserta Lelaki & Perempuan Sporting dan Fasilitator Sporting. Akhir sekali, sesi maaf-bermaafan diadakan antara peserta, fasilitator dan pensyarah serta sesi bergambar. Kami bertolak pulang pada jam 2.30 petang. Pengalaman yang saya dapat dalam Kem Kaunseling 2011 kali ini akan menjadi ingatan sampai bila-bila & akan perbaiki kekurangan pada Kem Kepimpinan Islam minggu depan, insyaAllah.
LDK Iron Chef.. Inilah hasil masakan group saya (kumpulan 6)
Empangan Durian Tunggal, Subhanallah sangat cantik ciptaanNya =)
Fasilitator, peserta & pensyarah Kem Kaunseling 2011
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment