Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Bulan yang Indah ^_^

2 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana urusan saya pada bulan lepas dan hari ini dipermudahkanNya. Hanya kepadaMu aku berserah & hanya kepadaMu jua aku memohon pertolongan. Ameen. Pagi tadi, selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Islam Unirazak (PERMAI) bagi sesi 2010/11 & saya telah menyerahkan jawatan saya sebagai Setiausaha Agung yang disandang selama setahun kepada Nor Asma Haida merangkap pembantu saya sebelum ini. InsyaAllah, saya yakin Asma dapat meneruskan perjuangan saya di dalam PERMAI. Tetapi, agak sedih sedikit kerana terpaksa berpisah dengan PERMAI demi meneruskan cita-cita saya untuk mendapat segulung ijazah. Harapan saya agar PERMAI terus maju dalam memartabatkan Islam di kampus Unirazak & tiada lagi selepas ini pertandingan berbentuk Unirazak Idol & Battle of Band. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Adam sebagai Presiden PERMAI bagi sesi 2011/12, Ammar sebagai Timb. Presiden, Nabila sebagai Naib Presiden, Asma sebagai Setiausaha Agung, Rosmidah sebagai Timb S/U Agong, Jannah sebagai Bendahari & 10 Ketua Lunjah yang lain. Tak lupa juga buat sahabat seperjuangan PERMAI yang bertungkus-lumus menjayakan setiap program yang dianjurkan iaitu Mantan Presiden merangkap bos saya, Hafidz, Iqram, Atiqah, Tasneem, Azuan, Azraf, Imran, Yusri, Azhar, Surya, Sahadath & Shahrol. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa kalian. Diharapkan ukhwwah antara kita akan kekal sampai bila-bila bak kata pepatah 'Bertemu tak resah, berpisah tak gelisah'.

Saya ingin mencoretkan sedikit mengenai assignment layang-layang di Port Dickson Sabtu lepas & Kem Kepimpinan Islam anjuran PERMAI pada 18, 19, & 20 Mac lepas. Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan assignment Sains Sukan dengan jayanya walaupun tak memenangi pertandingan tersebut tetapi saya puas kerana dapat juga bermain layang-layang setelah sekian lama tak main. Hehe. Selepas pertandingan tersebut, kami mengadakan 'Telematch'. Kami pulang dalam pukul 6 petang & muka saya sedikit menggelupas serta menjadi sedikit gelap tapi alhamdulillah sekarang sudah pulih seperti sedia kala.

Kem Kepimpinan Islam pula banyak meninggalkan kenangan manis serta pahit. Pada permulaannya menerima pelbagai feedback yang agak kurang menarik untuk didengari terutamanya mengenai fasilitator perempuan. Kami yang hanya 6 orang nie menjadi bahan perbualan peserta-peserta wanita. Tapi, alhamdulillah selepas mereka 'dibrainwash' pada sesi malam Muhasabah Diri masing-masing sudah sedar dengan kesilapan yang mereka lakukan. Biasalah, kita mana boleh nak puaskan hati semua pihak. Apapun, saya berpuas hati dapat lead setiap LDK dengan baik sekali. Jadi ketagih microphone pula sekarang ini. Hehe=D. Ini saja entri untuk pembukaan bulan April dan saya sangat gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada bulan lepas.

Wallahua'lam.
Layang-layang & wau kumpulan saya=)

Barisan Exco PERMAI 2011/12.

 Kem Kepimpinan Islam 2011 anjuran PERMAI=)

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

pendek je post kali nie.. :)

-Wan Siti Aisyah- said...

Hehe, akak tak abis edit lagilah Naim.. Naim boleh baca full version sekarang ye=)

Post a Comment

April 1, 2011

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©