Bismillah. Selawat & salam buat Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda. InsyaAllah, untuk pembukaan entri bulan Mei ini saya akan mulakan dengan sajak yang di coretkan khas untuk bekas rakan rumah sewa saya dari semester 1 hingga semester 8. Selamat menghayati=)
Maafkan daku teman,
Jika sepanjang perkenalan kita,
Daku tidak menjadi teman yang terbaik buatmu,
Ada hak dan tanggungjawab yang tak tertunai.
Maafkan daku teman,
Jika selama kita bersama,
Daku tidak terlalu mengambil tahu & mengambil berat tentang dirimu,
Kerana masa yang diberikan amat terhad untuk kita bersama .
Maafkan daku teman,
Jika diberi peluang,
Daku ingin memperbaiki kesilapanku padamu,
Agar diriku tidak begitu dihimpit dengan rasa bersalah.
Maafkan daku teman,
Walaupun kita tak mungkin dapat bersama,
Doaku agar kalian sentiasa dalam jagaan-Nya selalu,
Serta sentiasa mengingati-Nya dalam apa jua keadaan.
Ukhwah fillah abadan abada selalu, insyaAllah ^_^
Wallahua'lam.
4 comments:
so sweet.. ce baca puisi naim yg naim sharing diKILI 2. HEHE
Sweetlah sgt Naim.. Akak belasah je buat sajak nie=p Puisi Naim yg mana eh kat komuniti tu?=)
Assalamu'alaikum Wan Siti Aisyah,
Dah sebulan tk bertandang kt KILI , tup tup dah diarchievekan.Knape ya?
Anyway, puisi yg menyentuh. Walaupun kenal di maya tp ukhwah yg dibina diharpkan tetap terus bersemi indah.
Ya Wan, Ukhwah fillah abadanabada.
Eyda, saya nak cerita pun malas kenapa komuniti di'achive'kan.. Takpelah, hidup perlu diteruskan walau apapun yg berlaku=) Lupa pula, awk boleh lepak2 di http://forum.saffmuslim.com/index.php pula lepas nie=)
Post a Comment