Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Warkah Buatmu ^_^

0 comments
iBismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Tinggal seminggu saja lagi untuk daku menghabiskan sisa-sisa cuti sebelum kembali ke sekolah meneruskan praktikal seperti biasa. Bila tibanya cuti sekolah, memang tak boleh lari dari walimah, kenduri kahwin. Alhamdulillah, petang tadi kenduri yang ke-3 saya pergi sepanjang seminggu cuti sekolah. Boleh 'naik badan' macam nie. Hehe. Sempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan sepanjang 2 minggu cuti sekolah nie, saya nak share satu sajak yang agak romantik ditujukan khas dari bakal suami kepada bakal isteri=)

Assalamualaikum..
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan. Walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu. Merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu. Agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini.

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu.

Taken from: HERE 

Barakallahulakuma & mabruk buat pasangan yang mendirikan Baitul Muslim sepanjang cuti sekolah ini. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke jannahNya nanti, insyaAllah. Jodoh daku? Biarlah menjadi rahsia antara diriku denganNya=)

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

June 5, 2011

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©