Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Kursus Pra-Perkahwinan ^_^

0 comments
Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda. Alhamdulillah, 19 & 20 November baru-baru ini saya telah menyertai kursus Pra-Perkahwinan yang dianjurkan oleh PERMAI (Persatuan Mahasiswa Islam) Unirazak dengan kerjasama JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Kebiasaannya pelajar universiti yang mengambil kursus pra-perkahwinan ini adalah pelajar tahun 3 atau 4 tetapi berbeza pula dengan pelajar universiti saya. Pelajar yang paling muda menyertai kursus ini adalah berusia 19 tahun. Semoga dengan menyertai kursus ini terbuka hati adik-adik & sahabat-sahabat saya untuk menyegerakan pernikahan dalam usia muda atau masih belajar ini bagi yang sudah berpasangan dari terlibat dengan dosa 'couple' sebelum nikah. Saya pula? Hanya Allah saja yang boleh memberi jawapan kepada persoalan itu. Jika ada yang soleh, baik agamanya, bertanggungjawab why not saya segerakan urusan mendirikan masjid ini. InsyaAllah =)

 Sijil kursus pra-perkahwinan saya =)

Kursus pra-perkahwinan kali ini berbentuk ceramah. Saya perlu mendengar 8 ceramah yang berbeza dari 8 orang ustaz yang berbeza orangnya untuk mendapatkan sijil pra-perkahwinan yang sah dari JAIS. Jujur saya katakan sepanjang mendengar 8 jenis ceramah, ada juga kadang-kadang terlelap 2 dari ceramah yang dibawakan. 2 ceramah tersebut ialah dari Kementerian Kesihatan mengenai Pengurusan Kesihatan dan Pengurusan Masa dan Kewangan dalam Keluarga Islam. Bukan isi kandungan ceramah yang disampaikan tak menarik tetapi cara penyampaian mereka agak bosan sedikit tambahan pula dua-dua slot tersebut pada pukul 2 petang, selepas saya kekenyangan makan tengahari. Apapun, semua itu bukan dijadikan alasan kerana Ustaz Juwahir ada menyebut dalam majlis ilmu, ada 3 senjata yang syaitan gunakan supaya manusia tidak memberi perhatian terhadap majlis ilmu iaitu melalui lipstik/gincu di mana manusia tersebut sentiasa mencari peluang untuk bercakap dengan kawannya padahal penceramah sedang bercakap di hadapan, celak pula manusia akan jadi mengantuk & tertidur, dan tongkat iaitu manusia akan mengganggu kawan disebelah kanan dan kirinya yang memberi perhatian terhadap majlis ilmu. Huhu. Moga-moga saya tak mengulanginya untuk majlis-majlis ilmu yang akan datang.

 Kusyuk mendengar ceramah di hadapan =)

Pada 11 hingga 13 November pula telah diadakan Mukhayyam PERMAI di Kalumpang Training & Resort, Hulu Selangor. Walaupun bilangan pesertanya sama banyak dengan fasilitator kerana pada waktu itu pelajar sedang cuti pertengahan tahun tetapi alhamdulillah kem berjaya dilaksanakan hingga hari akhir kem. Semoga kepimpinan PERMAI 2011/12 dapat memperbaiki kekurangan untuk Mukhayyam kali ini pada masa akan datang.

 Peserta-peserta serta fasilitator muslimat yang menyertai Mukhayyam =)

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

November 22, 2011

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©