Lontarkan Pendapat

Jalan-Jalan ^_^

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Showing posts with label Motivasi Untukku. Show all posts

Usia Makin Bertambah =)

2 comments
Bismillahirrahmanirahim. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Alhamdulillah, pagi ini diberi kesempatan untuk update blog setelah sekian lama menyepikan diri kerana kesibukan kerja. InsyaAllah, saya akan cuba update blog ini sebulan sekali at least agar tak nampak sangat blog ini 'berhabuk' & 'tak bertuan' =)

Sabtu lepas, usia saya makin bertambah ke 24 tahun. Kebetulan hari tersebut saya ada 1st kursus guru & pengurus tadika meraikan saya serta 3 orang lagi guru yang telah lepas hari lahir mereka dengan membelikan kek. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka, saya jadi malu & segan nak sambut hari lahir. Bukan apa, bila usia makin bertambah ni tak fikir nak raikan ulangtahun kelahiran kerana bila usia makin bertambah, kematian juga makin mendekati kita. Allahurabbi. Saya risau adakah cukup amalan-amalan yang saya lakukan di muka bumi ini untuk dibawa ke akhirat nanti, bagaimana keadaan saya di alam barzakh. Tiada apa yang saya ingin mohon kecuali agar ditetapkan iman, ditambahkan amal ibadah & dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Selepas kursus guru, saya terus ke PKNS Bangi nak beli buku di Kedai Buku Syabab guna voucher RM200 1 Malaysia. Dapat beli banyak juga buku tapi masih tak puas hati sebab buku-buku yang saya shortlist banyak yang tak ada. Bila tiba masa nak bayar tu, brother yang kira jumlah harga buku-buku saya sebut kena bayar RM127. Ikut hati, nak tambah buku lagi biar genap RM150 tapi brother tu tak mesra alam je, tak pasal-pasal dia marah saya nanti so tambahlah dengan duit sendiri RM30. Biasanya kalau saya nak beli buku saya akan calculate dulu tapi masa tu saya agak blur+agak penat jadi tak sempat nak kira. Takpelah, RM100 lagi saya ingat nak beli hadiah untuk anak-anak Sumaiyyah macam sticker ke, stationaries yang comel-comel ke. Hehe. Nasib baik tamat tempoh hujung bulan ni. Saya juga turut hadiahkan buku agama & novel Islamik kepada mak & ayah yang tercinta =)

Antara buku yang saya dapat beli =)

Lepas shopping buku saya ingatkan nak belanja parent saya makan Domino Pizza sebab gaji baru masuk tapi diaorang tak bagi. Kena tunggu abg sulung saya balik dulu. Jadi, lepas balik kerja petang tadi sempat juga saya singgah di Domino Pizza Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Memang terbaik harganya sebab nett price + murah. Saya habiskan RM40 saja untuk dapatkan 2 pizza saiz serdahana, 1 garlic bun, & air revive 1 botol. Terima kasih Ya Rabb atas nikmat & rezeki yang Kau berikan kami. Rasanya setakat ini dulu entri untuk kali ini. Bagi yang sedang bercuti sekolah, selamat bercuti saya ucapkan. Luangkan masa yang berkualiti dengan family selagi Allah tak tarik peluang yang berharga ini dari hidup kita.

Akhirnya, dapat juga beli Domino Pizza for the 1st time =)

Wallahua'lam.

Tadika Khalifah Bestari 2012 ^__^

2 comments
Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda. Hamdalah, masih diberi kesihatan tubuh badan yang baik & ruang serta masa untuk update blog. Sudah lama blog saya 'berhabuk' kerana kesibukan bekerja sebagai guru tadika merangkap guru kelas. Mungkin ramai masyarakat di luar sana fikir tugas sebagai seorang guru tadika senang, mudah & tak banyak kerja kerana perlu menjaga anak-anak, bermain & mengajar selepas itu pulang ke rumah tetapi ia tak semudah yang di sangka. Di samping menjaga anak-anak yang baru mengenal dunia luar, dunia bersama kawan-kawan serta cikgunya, tugas seorang guru tadika adalah lebih dari itu lagi-lagi jika memegang tugasan guru kelas. Baru saya faham sekarang kenapa mak saya menolak banyak jawatan yang ditawarkan di sekolah kepadanya kerana tidak tahan dengan bebanan tugas itu. Entri kali ini saya ingin bercerita serba sedikit mengenai tempat kerja saya sekarang iaitu Tadika Khalifah Bestari.

Pada 5 Januari 2012 saya memulakan tugas sebagai guru di tadika ini. Sebelum ini, saya pernah menjadi pembantu guru selama 3 bulan lebih pada tahun 2008 sementara menunggu keputusan STPM. Syukur kepadaNya kerana saya memohon kerja sebagai guru tadika dalam saat-saat terakhir dan mungkin rezeki saya dapat juga bekerja di situ akhirnya. Kebetulan pula, pengurus TKB Acik Laili sedang mencari seorang lagi guru untuk mengisi kekosongan di tadika tersebut. Masih ada guru-guru lama yang bekerja di situ seperti Kak Eza, Acik Yam dan Kak Yan jadi tak ada masalah sangat jika nak perlukan apa-apa bantuan. Guru-guru lain yg bekerja di situ ialah Kak Mar, Kak Azie, Kak Sarimah, Kak Ita, Kak Nik, Yah, Bainie, Muneerah, Kak Linda & Kak Gee. Guru besar, Acik Zaiton & penolong guru besar, Kak Fara pun baik juga orangnya.

Saya masih ingat lagi hari pertama persekolahan di tadika tersebut sebelum saya menjadi guru kelas Sumaiyyah macam biasalah perlu tenangkan anak-anak yang menangis, tak nak masuk kelas, nak mama papa. Hehe. Antara 7 orang yang menangis, 2 orang ialah dari kelas saya iaitu Raimi & Amirul. Minggu orientasi selama 3 minggu pun berjalan lancar dengan izinNya di mana waktu pagi mereka belajar, waktu petang mereka berehat atau tidur.

Apabila pembelajaran dijalankan seperti biasa, barulah saya tahu tugas seorang guru tadika tidak terlalu mudah. Tugasan yang paling dekat perlu saya lakukan ialah memastikan murid-murid kenal huruf dan boleh membaca pada bulan 3 dan seterusnya mereka mahir membaca pada bulan 5. Allahurabbi. Ini adalah cabaran yang agak berat bagi saya lebih-lebih lagi saya mengajar 5 tahun yang baru mengenal huruf, nombor dsbnya. Saya khuatir jika tak dapat mencapai target yang dikehendaki oleh pengurus TKB. Saya akan berusaha untuk mencapai target tersebut dan kepada Allah saya sandarkan segala-galanya agar urusan saya dipermudahkan sepanjang mengajar di situ. Ameen.

Perkara yang saya suka sepanjang mengajar di sini ialah suasana persekitaran yang Islamik. Anak-anak belajar doa-doa, hadis, mengaji, , iqra', akhlak, ibadah, sirah, akidah di samping subjek utama seperti BM, Math, BI, Sains serta Art & Craft. Setiap hari Isnin pula diadakan usrah guru di mana para guru boleh mendapat makanan tambahan rohani selepas mengajar. Tadika saya juga membuat rancangan mengajar mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak cuma ditambah dengan ERMK (Elemen Rabbani Merentasi Kurikulum). Saya berdoa agar diberi kekuatan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak Sumaiyyah seramai 18 orang, insyaAllah. Masa berlalu dengan begitu pantas dan saya perlu mengundur diri dahulu. InsyaAllah, panjang umur kita berjumpa di entri akan datang. Wallahua'lam.

Ahmad Zafer memenangi pertandingan mewarna semperna sambutan Maulidur Rasul 1433H =)

Muhammad Raimi Naufal, one of my hero =)

My Sumaiyyah 'childrens' =)

Kisah Cinta Hatib dan Ummi Qais..

0 comments
Bismilahirrahmanirrahim. Selawat & salam buat junjungan Nabi S.A.W. serta kaum kerabat baginda.

Sekali peristiwa, diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais. Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan memujuknya semula sewaktu di Madinah nanti.
Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; iaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; iaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga- moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya sangat sayang dan mencintai Ummi Qais.

Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada pengetahuan Rasulullah S.A.W. Oleh kerana itulah, maka hadith ini telah disabdakan, iaitu:
"Bahawasanya amalan-amalan itu adalah bergantung dengan niat-niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab- sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]
Maksudnya: Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; iaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya, sebab itu Rasulullah S.A.W telah mencelanya secara tidak langsung dengan menyabdakan hadith tersebut di atas tadi.

Bagi kita kaum Muslimin yang mengikuti cerita Hatib tadi, janganlah dianggap celaan itu hanya ditujukan untuk Hatib seorang saja. Bukanlah itu yang dimaksudkan. Akan tetapi di sebalik peristiwa Hatib itu ada pengajaran lain yang harus kita perhatikan, supaya kita tidak menjadi seperti Hatib pula, sehingga celaan itu akan menimpa kita sama.

Dalam menjalankan perintah-perintah agama, janganlah hendaknya kita menyaingi ibadat-ibadat kita itu dengan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan keduniaan. Misalnya ibadah Haji. Ada orang yang menyaingi ibadat Hajinya dengan kerja-kerja keduniaan, seperti berniaga sewaktu dalam perjalanan ke Haji, atau dalam musim Haji, kerana keuntungannya berlipat-ganda ketika itu. Ataupun orang itu sengaja menawarkan dirinya untuk menguruskan hal-ehwal orang-orang Haji tentang keperluan-keperluannya dalam perjalanan atau sewaktu mengerjakan Haji itu, sebab seolah-olah dia bekerja dengan bakal-bakal Haji itu, dan mungkin sekali semua wang pelayarannya pun dikutip dan berasal dari bakal-bakal Haji itu samada sebagai komisen ataupun faedah pekerjaannya, yang kalau tiada kerana itu,tiadalah ia akan berangkat sama untuk menunaikan Hajinya. Amalan yang serupa ini tentu sekali tiada sepenuhnya tertumpu pada pekerjaan ibadat terhadap Allah. Oleh kerana itu dikhuatiri tidak ada gunanya dan tidak ada pahalanya dari Allah S.W.T.

Lain-lain misalan dalam perkara yang sama banyak sekali, dan semuanya adalah bergantung kepada niat masing-masing pelakunya. Maka hendaklah kita sentiasa waspada dalam hal ini, supaya ibadat-ibadat kita tiada dikongsi dengan amalan-amalan keduniaan, yang nyata sekali ditegah oleb agama, seperti dalam hadith Rasulullah S.A.W tersebut di atas.
Untuk menentukan samada ibadat kita itu 100% kerana Allah atau tidak, tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan bukan secara helah atau putar-belit, nescaya kita akan mendapati jawapannya yang betul. Seterusnya, hadith ini, walaupun ditujukan khas kepada Hatib kerana niatnya yang telah menyeleweng dari tujuan asalnya, namun hukumnya umum ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, walaupun sebabnya yang pertama kerana Si Hatib tadi. Sebab Rasulullah S.A.W tidak pernah menujukan sesuatu kecelaan atau kemarahannya terhadap seseorang yang tertentu. Bahkan pengisytiharannya sentiasa umum untuk menjadi pengajaran kepada kaum Muslimin yang lain. Selain itu, Rasulullah S.A.W adalah pemalu orangnya dan tidak pernah menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi untuk membocorkan rahsia orang di hadapan khalayak ramai, itu tentulah jauh sekali.

Salam Awal Muharram 1433H =)

Wallahua'lam.

Bersyukur dengan Kurniaan-Nya..

0 comments
Bismillahirahmanirrahim. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya kerana masih diberi peluang untuk mencoret sesuatu di sini. Maaf kerana dah lama tak update blog, sibuk dengan minggu terakhir praktikal sebelum ini & alhamdulillah laporan praktikal dah dihantar & praktikal telah tamat dengan jayanya. Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai praktikal di entri yang akan datang jadi tunggu ya=)

Setiap pagi kita bangun dari tidur sebelum menunaikan solat Subuh apa yang perlu kita lakukan untuk pertama kali? Tentulah bersyukur bukan. Bersyukur kerana kita masih hidup, bernafas di atas muka bumi ini. Bersyukur kerana kita masih boleh beribadah sebanyak-banyaknya, masih ada ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga yang kita boleh meminta bantuan, berkongsi kasih sayang, tolong-menolong dan sebagainya. Jadi, apa salahnya kita meringankan mulut dengan menyebut 'Alhamdulillah, Terima Kasih Allah, Syukran Ya Rabb, Thank You Allah' bagi mengucapkan terima kasih atas segala nikmat & kesenangan yang telah Dia berikan kepada kita. Jangan kita terlalu sombong dan bongkak dengan apa yang telah kita dapat, kecapi pada hari ini.

Sebenarnya, tajuk entri pada kali ini berkait rapat dengan pengalaman saya ketika di Semester 6, Unirazak semasa menyertai kokorikulum PRS (Pembimbing Rakan Sebaya). Ketika itu saya masih ingat saya dibahagikan dalam beberapa kumpulan perlu membuat satu tugasan di rumah kebajikan samada rumah anak yatim, orang tua, orang kurang upaya dan sebagainya. Jadi, kumpulan saya memilih rumah orang kurang uapaya yang terdiri daripada bayi sehinggalah dewasa yang berumur 25+. Pusat orang kurang upaya tersebut terletak sekitar Kelana Jaya & tidak jauh dari kampus saya (dahulu). 

Setibanya kumpulan saya di sana, kami disambut oleh seorang lelaki dewasa yang mempunyai masalah mental barangkali menarik-narik tangan kami untuk masuk ke dalam. Saya & lain-lain mengikut saja kehendak lelaki itu. Kemudian, kami ada taklimat ringkas dari pengetua rumah orang kurang upaya tersebut. Pengetuanya India Kristian, seorang lelaki. Pada mulanya saya agak tak bersetuju untuk ke situ kerana majoriti penghuninya adalah India & Cina tetapi pusat tersebut paling dekat dengan kampus jadi terpaksalah mengikut suara majoriti. Selepas berkenalan dengan pengetua, kami terus beramah-mesra dengan penghuni di sana yang mempunyai pelbagai ragam & kisah. Hati mereka sangat sensitif dan mudah tersentuh lebih-lebih lagi yang menghidapi 'Down Syndrome'. Jika mereka bercakap kasar dengan kita, tidak perlu ambil hati. Anggaplah mereka sebagai anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa. 

Tujuan kami berada di sana adalah untuk menjalankan aktiviti dengan mereka di samping memberi sedikit sumbangan makanan berbentuk hamper kerana mereka memerlukan bantuan/sumbangan dari pihak luar untuk menampung keperluan seharian mereka di sana. Aktiviti yang kami rancangkan adalah seperti menonton kartun, mewarna, membuat kraftangan dan akhir sekali menari mengikut muzik yang dipasang. Bila tibanya masa untuk kami pulang, penghuni di sana seakan-akan tidak mahu melepaskan kami & ada yang menangis meraung-raung. Nasib baik saya bukan kakak kegemaran mereka kerana saya tidak tumpukan kepada seorang penghuni tetapi saya beri tumpuan kepada semua yang ada. 

Dalam subjek 'Special Children & Family Counseling' yang saya pelajari pada semester 7, jenis-jenis kanak-kanak istimewa ini dikategorikan sebagai yang mempunyai masalah mental, tidak berupaya untuk belajar, masalah komunikasi, kecacatan anggota tubuh badan, masalah tingkahlaku, dan cacat penglihatan. Jadi, seharusnya kita sangat bersyukur dengan kurniaan yang diberikan oleh-Nya kerana kita cukup sifat, sempurna anggota tubuh badan, boleh bercakap, berlari, makan, tidur tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Jangan mengeluh, menyalahkan seseorang jika berlaku sesuatu. Fokuskan kepada penyelesaian, bukannya menambah masalah.

Wallahua'lam.

Bercerita Tentang Jodoh =)

4 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Jodoh? Ada apa dengan jodoh? Siapa, di mana, bilakah jodoh kita? Semua itu telah ditentukan olehNya, dalam Qada' & QadarNya. InsyaAllah. Kali ini saya ingin berkongsi entri dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang berceritakan mengenai jodoh. Semoga bermanfaat=)

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"
"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Cantik Itu Relatif dan Subjektif
"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
"Maksud abang?"
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

Wasilah Memilih Jodoh
"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

 Wallahua'lam.

Menghargai Sebuah Kehidupan =)

0 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Alhamdulillah, ketika saya menulis entri ini jam sudah menunjukkan pukul 2.40 pagi. Masih lagi bernafas & diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, untuk memperbaiki amalan seterusnya menjadi lebih baik & positif berbanding semalam, insyaAllah=)

Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel menarik serta ringkas dari Ustaz Hasrizal mengenai 'Menghargai Sebuah Kehidupan'.

1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.

2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen.  Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.

3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai

4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.

5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.

6.Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.

7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN

8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.

9. Nabi SAW bersabda:  صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.

10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.

11. Wal-‘Asr

Wallahua'lam..

Apa yang Lebih UTAMA?

2 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda. Kali ini saya ingin berkongsi satu video yang memberikan inspirasi kepada saya. Video ini menceritakan walaupun kita berjaya dalam apa jua yang kita lakukan tapi kejayaan itu tidak mendapat keredhaan dariNya seperti kita tak dapat apa-apa sebenarnya dalam hidup ini. Selamat menonton & semoga bermanfaat ye=)

Wallahua'lam.

P/S: Credit to one of iLuvislam krew, Nisa cause share this meaningful video to me & others.

Tahun Baru 2011 vs Hijrah 1432.

0 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Salam wbt. Alhamdulillah, hari ini telah masuk 3 Januari 2011 bersamaan 28 Muharram 1432H.. Syukur kerana masih boleh lagi bernafas pada hari ini & di tahun baru 2011. Masih tak terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan 'Selamat Tahun Baru 2011' buat pengunjung blog saya. Semoga hidup kita lebih bermakna pada tahun ini & seterusnya amalan kita bertambah dari semasa ke semasa, insyaAllah=)

Entri saya kali ini ingin menyentuh mengenai tahun baru masihi & tahun baru hijrah. Seperti yang kita tahu, tahun baru hijrah datang dahulu baru diikuti oleh tahun baru masihi. Kebiasaannya, di Malaysia tahun baru hijrah disambut di Stadium Bukit Jalil dengan mengadakan perhimpunan & di akhirnya ada penyampaian tokoh Maal Hijrah. Tetapi, saya lihat ketika menyambut Awal Muharram baru-baru ini segelintir manusia seperti ambil endah tak endah saja mengenai kedatangan tahun baru Islam ini. Sebagai contohnya housemate saya sendiri. Tahun baru Islam datang atau tidak sama saja bagi mereka. Solat Subuh buat acuh tak acuh, bangun tidur ketika matahari sudah meninggi, bangun-bangun cari breakfast. Hari-hari saya perasan rutin mereka sama saja kecuali jika hari minggu kerana ada rancangan program hiburan di TV yang menarik minat mereka. Astaughfirullahalazim.. Harap-harap di tahun baru hijrah ini mereka dapat melakukan perubahan ke arah yang lebih positif biarpun bukan perubahan yang mendadak.

Jika kita bandingkan di sini, tahun baru masihi sangat mendapat sambutan dari seluruh dunia tak kira orang muda, orang tua, kanak-kanak & sebagainya. Saya tak kisah jika hendak menyambutnya tapi biar betul & kena pada tempat seperti buat solat Hajat minta dipermudahkan segala urusan pada tahun ini, mungkin juga boleh buat kenduri doa selamat sempena menyambut kedatangan tahun baru. Bukan dicemari dengan konsert yang entah apa-apa, keluar berdua-duaan melakukan maksiat, berlumba haram, minum arak dan sebagainya. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri pada tahun baru ini & manfaatkan sisa-sisa umur yang Allah berikan dengan sebaik-baiknya untuk diri sendiri, agama, ummah, masyarakat & negara. InsyaAllah..

Kenangan saya sepanjang tahun 2010 dalam Persatuan Mahasiswa Unirazak (PERMAI) adalah sangat bermakna. Saya diberi memegang amanah sebagai Setiausaha Agung iaitu jawatan yang berkaitan dengan membuat surat-surat, panggil untuk mesyuarat, email/mesej students untuk program dan sebagainya. Saya juga ada kendalikan program seperti Maulidur Rasul, Rehlah, serta Solat Hajat . Bermula 2011 saya serahkan jawatan saya ini kepada Asma, timbalan saya. Saya akan gunakan pengalaman sebagai Setiausaha dalam kerjaya saya kelak pula, insyaAllah. Terima kasih buat barisan exco yang melantik & memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan ini bagi sesi 2010/2011.

Di iLuvislam.com pula, alhamdulillah diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah hati &  perasaan users di forum pada tanggal 10/1/10. Mereka bukan menghadapi masalah cinta saja bahkan ada yang ingin berkahwin & sudah berkahwin turut mencari & meminta pandangan saya mengenai masalah yang dihadapi. Ukhwwah di antara krew-krew dari team saya sendiri & team-team lain juga sangat baik. Aktiviti yang saya sempat sertai sepanjang 2010 ini bersama-sama krew ialah DK2 di Raudhatus Sakinah, menjaga booth iLuvislam.com di PBKL, DK3 & B2B Ramadhan di Masjid Muadz, B2B Raya di Karangkraf & akhir penutup tahun 2010 iaitu Kem PINgu (Kepimpinan & Pengurusan Organisasi). InsyaAllah, saya akan terus bersama-sama dengan iLuvislam.com untuk membantu ummah yang menghadapi masalah/kesulitan selagi nyawa yang dipinjamkan olehNya masih bernafas seperti biasa.

Azam tahun baru hijrah & masihi saya adalah untuk menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun yg sebelum ini & ingin menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) dengan keputusan yang cemerlang hujung tahun ini. Mudah-mudahan urusan saya & kalian dipermudahkan olehNya. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Wallahua'lam.

Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap KekasihNya

Sedang blog walking, saya tertarik dgn puisi ini & hati saya agak tertarik dengan setiap bait-bait katanya jadi saya ingin share di sini. Semoga bermanfaat ye=)

Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,
Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,
Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,
Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di
dalam penderitaan,
Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: "Bala yang paling
dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya"
Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang
diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi
rendah imannya,

Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,
Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,
Kerana itu takutlah dengan Tuhannya,
Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam
manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.

Credit to: Cahaya Mukmin

Wallahua'lam..

Percayakah Anda Pada Kemampuan Anda/Masih Ragu-ragu?

0 comments
Bismillah. Selawat & salam untuk junjungan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda.

Post saya kali ini saya bawakan dari salah satu blog motivasi kegemaran saya. Semoga bermanfaat, insyaAllah=)

Bila Anda disuruh membuat sesuatu, percayakah Anda pada kemampuan diri Anda?

Adakah Anda melakukan sesuatu dengan stail ‘buat saja’ atau berfikir dulu sama ada Anda boleh buat atau tidak?

Hakikatnya, setiap orang tidak percaya pada kemampuan diri mereka pada pertama kali.

Setiap orang pernah gagal pada pertama kali, pada cubaan pertama, pada perbuatan pertama.

Sikap percaya pada kemampuan diri boleh dibina. Bagaimana?

Anda akan mula merasa percaya pada kemampuan diri apabila Anda terlihat BUKTI serta HASIL kemampuan diri Anda.

Selepas itu akan timbul satu perasaan yakin.

Yakin adalah perasaan bahawa Anda boleh buat dengan cukup senang. Anda boleh merasai bahawa Anda boleh buat. Anda dapat bayangkan hasilnya dalam imaginasi Anda sebelum Anda start buat.

Kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai sebelum ini boleh menjadi booster inspirasi untuk Anda mencapai kejayaan besar.

Untuk membina sikap percaya pada kemampuan diri, Anda kena ingat selalu kejayaan-kejayaan kecil yang sudah pernah Anda capai sebelum ini.

Apa kejayaan-kejayaan kecil tu?

Ia adalah koleksi pencapaian Anda yang berjaya disempurnakan dengan cemerlang.

Melaksanakan solat Tahajjud di sepertiga malam setiap malam selama 7 hari adalah contoh kejayaan kecil. Berjaya mendapat markah penuh dalam ujian bulanan, mendapat tempat pertama dalam perlumbaan, menang dan pertandingan bulanan, adalah contoh kejayaan-kejayaan kecil.

Menikahi gadis idaman hati Anda, menimang cahaya mata serta dapa memiliki rumah sendiri, itu juga boleh dijadikan contoh kejayaan keci. Dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji serta dihormati boss serta rakan sekerja, itu juga adalah contoh kejayaan kecil (bagi seorang pekerja).

Kepercayaan pada diri timbul apabila Anda memberi ruang untuk kepercayaan itu timbul membuak-buak dalam diri Anda.

Kepercayaan diri akan mula bersemarak apabila Anda teringat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai dulu.

Rasa percaya pada kemampuan diri juga akan timbul apabila Anda merasa cukup ghairah, cukup gembira, cukup suka melakukan sesuatu.

Kejayaan adalah HASIL akhir (final result) pada perlaksanaan PROSES.

Untuk kejayaan itu ada, Anda kena tumpukan pada perlaksanaan PROSES, bukan pada HASIL semata-mata sebab dengan menumpu pada perlaksanaan proses sehingga ke tahap akhir, HASIL akan muncul dengan sendirinya.

Ingat, fokus pada proses, bukan pada hasil kerana hasil akan muncul sendiri apabila Anda memfokus sepenuhnya pada kualiti perlaksanaan proses.

Untuk Lemang Pandan masak dengan baik, apinya kena terus menyala. Lemang Pandan adalah hasil, api yang terus menyala adalah proses. Contoh..

Wallahua'lam..

Sumber: iMotivasi
Showing posts with label Motivasi Untukku. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Untukku. Show all posts

March 10, 2012

read more...

February 12, 2012

November 28, 2011

September 21, 2011

April 6, 2011

March 13, 2011

February 25, 2011

Apa yang Lebih UTAMA?

Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda. Kali ini saya ingin berkongsi satu video yang memberikan inspirasi kepada saya. Video ini menceritakan walaupun kita berjaya dalam apa jua yang kita lakukan tapi kejayaan itu tidak mendapat keredhaan dariNya seperti kita tak dapat apa-apa sebenarnya dalam hidup ini. Selamat menonton & semoga bermanfaat ye=)

Wallahua'lam.

P/S: Credit to one of iLuvislam krew, Nisa cause share this meaningful video to me & others.
read more...

January 3, 2011

Tahun Baru 2011 vs Hijrah 1432.

Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Salam wbt. Alhamdulillah, hari ini telah masuk 3 Januari 2011 bersamaan 28 Muharram 1432H.. Syukur kerana masih boleh lagi bernafas pada hari ini & di tahun baru 2011. Masih tak terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan 'Selamat Tahun Baru 2011' buat pengunjung blog saya. Semoga hidup kita lebih bermakna pada tahun ini & seterusnya amalan kita bertambah dari semasa ke semasa, insyaAllah=)

Entri saya kali ini ingin menyentuh mengenai tahun baru masihi & tahun baru hijrah. Seperti yang kita tahu, tahun baru hijrah datang dahulu baru diikuti oleh tahun baru masihi. Kebiasaannya, di Malaysia tahun baru hijrah disambut di Stadium Bukit Jalil dengan mengadakan perhimpunan & di akhirnya ada penyampaian tokoh Maal Hijrah. Tetapi, saya lihat ketika menyambut Awal Muharram baru-baru ini segelintir manusia seperti ambil endah tak endah saja mengenai kedatangan tahun baru Islam ini. Sebagai contohnya housemate saya sendiri. Tahun baru Islam datang atau tidak sama saja bagi mereka. Solat Subuh buat acuh tak acuh, bangun tidur ketika matahari sudah meninggi, bangun-bangun cari breakfast. Hari-hari saya perasan rutin mereka sama saja kecuali jika hari minggu kerana ada rancangan program hiburan di TV yang menarik minat mereka. Astaughfirullahalazim.. Harap-harap di tahun baru hijrah ini mereka dapat melakukan perubahan ke arah yang lebih positif biarpun bukan perubahan yang mendadak.

Jika kita bandingkan di sini, tahun baru masihi sangat mendapat sambutan dari seluruh dunia tak kira orang muda, orang tua, kanak-kanak & sebagainya. Saya tak kisah jika hendak menyambutnya tapi biar betul & kena pada tempat seperti buat solat Hajat minta dipermudahkan segala urusan pada tahun ini, mungkin juga boleh buat kenduri doa selamat sempena menyambut kedatangan tahun baru. Bukan dicemari dengan konsert yang entah apa-apa, keluar berdua-duaan melakukan maksiat, berlumba haram, minum arak dan sebagainya. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri pada tahun baru ini & manfaatkan sisa-sisa umur yang Allah berikan dengan sebaik-baiknya untuk diri sendiri, agama, ummah, masyarakat & negara. InsyaAllah..

Kenangan saya sepanjang tahun 2010 dalam Persatuan Mahasiswa Unirazak (PERMAI) adalah sangat bermakna. Saya diberi memegang amanah sebagai Setiausaha Agung iaitu jawatan yang berkaitan dengan membuat surat-surat, panggil untuk mesyuarat, email/mesej students untuk program dan sebagainya. Saya juga ada kendalikan program seperti Maulidur Rasul, Rehlah, serta Solat Hajat . Bermula 2011 saya serahkan jawatan saya ini kepada Asma, timbalan saya. Saya akan gunakan pengalaman sebagai Setiausaha dalam kerjaya saya kelak pula, insyaAllah. Terima kasih buat barisan exco yang melantik & memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan ini bagi sesi 2010/2011.

Di iLuvislam.com pula, alhamdulillah diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah hati &  perasaan users di forum pada tanggal 10/1/10. Mereka bukan menghadapi masalah cinta saja bahkan ada yang ingin berkahwin & sudah berkahwin turut mencari & meminta pandangan saya mengenai masalah yang dihadapi. Ukhwwah di antara krew-krew dari team saya sendiri & team-team lain juga sangat baik. Aktiviti yang saya sempat sertai sepanjang 2010 ini bersama-sama krew ialah DK2 di Raudhatus Sakinah, menjaga booth iLuvislam.com di PBKL, DK3 & B2B Ramadhan di Masjid Muadz, B2B Raya di Karangkraf & akhir penutup tahun 2010 iaitu Kem PINgu (Kepimpinan & Pengurusan Organisasi). InsyaAllah, saya akan terus bersama-sama dengan iLuvislam.com untuk membantu ummah yang menghadapi masalah/kesulitan selagi nyawa yang dipinjamkan olehNya masih bernafas seperti biasa.

Azam tahun baru hijrah & masihi saya adalah untuk menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun yg sebelum ini & ingin menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) dengan keputusan yang cemerlang hujung tahun ini. Mudah-mudahan urusan saya & kalian dipermudahkan olehNya. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Wallahua'lam.
read more...

December 25, 2010

Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap KekasihNya

Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Sedang blog walking, saya tertarik dgn puisi ini & hati saya agak tertarik dengan setiap bait-bait katanya jadi saya ingin share di sini. Semoga bermanfaat ye=)

Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,
Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,
Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,
Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di
dalam penderitaan,
Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: "Bala yang paling
dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya"
Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang
diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi
rendah imannya,

Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,
Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,
Kerana itu takutlah dengan Tuhannya,
Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam
manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.

Credit to: Cahaya Mukmin

Wallahua'lam..
read more...

October 12, 2010

Percayakah Anda Pada Kemampuan Anda/Masih Ragu-ragu?

Bismillah. Selawat & salam untuk junjungan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda.

Post saya kali ini saya bawakan dari salah satu blog motivasi kegemaran saya. Semoga bermanfaat, insyaAllah=)

Bila Anda disuruh membuat sesuatu, percayakah Anda pada kemampuan diri Anda?

Adakah Anda melakukan sesuatu dengan stail ‘buat saja’ atau berfikir dulu sama ada Anda boleh buat atau tidak?

Hakikatnya, setiap orang tidak percaya pada kemampuan diri mereka pada pertama kali.

Setiap orang pernah gagal pada pertama kali, pada cubaan pertama, pada perbuatan pertama.

Sikap percaya pada kemampuan diri boleh dibina. Bagaimana?

Anda akan mula merasa percaya pada kemampuan diri apabila Anda terlihat BUKTI serta HASIL kemampuan diri Anda.

Selepas itu akan timbul satu perasaan yakin.

Yakin adalah perasaan bahawa Anda boleh buat dengan cukup senang. Anda boleh merasai bahawa Anda boleh buat. Anda dapat bayangkan hasilnya dalam imaginasi Anda sebelum Anda start buat.

Kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai sebelum ini boleh menjadi booster inspirasi untuk Anda mencapai kejayaan besar.

Untuk membina sikap percaya pada kemampuan diri, Anda kena ingat selalu kejayaan-kejayaan kecil yang sudah pernah Anda capai sebelum ini.

Apa kejayaan-kejayaan kecil tu?

Ia adalah koleksi pencapaian Anda yang berjaya disempurnakan dengan cemerlang.

Melaksanakan solat Tahajjud di sepertiga malam setiap malam selama 7 hari adalah contoh kejayaan kecil. Berjaya mendapat markah penuh dalam ujian bulanan, mendapat tempat pertama dalam perlumbaan, menang dan pertandingan bulanan, adalah contoh kejayaan-kejayaan kecil.

Menikahi gadis idaman hati Anda, menimang cahaya mata serta dapa memiliki rumah sendiri, itu juga boleh dijadikan contoh kejayaan keci. Dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji serta dihormati boss serta rakan sekerja, itu juga adalah contoh kejayaan kecil (bagi seorang pekerja).

Kepercayaan pada diri timbul apabila Anda memberi ruang untuk kepercayaan itu timbul membuak-buak dalam diri Anda.

Kepercayaan diri akan mula bersemarak apabila Anda teringat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai dulu.

Rasa percaya pada kemampuan diri juga akan timbul apabila Anda merasa cukup ghairah, cukup gembira, cukup suka melakukan sesuatu.

Kejayaan adalah HASIL akhir (final result) pada perlaksanaan PROSES.

Untuk kejayaan itu ada, Anda kena tumpukan pada perlaksanaan PROSES, bukan pada HASIL semata-mata sebab dengan menumpu pada perlaksanaan proses sehingga ke tahap akhir, HASIL akan muncul dengan sendirinya.

Ingat, fokus pada proses, bukan pada hasil kerana hasil akan muncul sendiri apabila Anda memfokus sepenuhnya pada kualiti perlaksanaan proses.

Untuk Lemang Pandan masak dengan baik, apinya kena terus menyala. Lemang Pandan adalah hasil, api yang terus menyala adalah proses. Contoh..

Wallahua'lam..

Sumber: iMotivasi
read more...
 
Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©