Bismillah..
Tinggal 3 hari saja bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal meninggalkan kita. Sedih rasanya bulan yang mulia ini akan berlalu pergi jua akhirnya bagi memberi peluang kepada bulan Syawal. Tetapi, usah ditangisi permergian bulan yang pernuh dengan berkah ini.. Sentiasa berdoa agar kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan-akan datang. InsyaAllah =)
Post kali ini saya bawakan tazkirah dari Ketua Wakil IPT iLuvislam.com. Kredit to Dr.Ridzwan kerana berkongsi sesuatu yang bermanfaat di penghujung Ramadhan ini. Semoga dengan perkongsian tazkirah ini kita dapat memperbaiki/menambah amalan-amalan kita 3 hari sebelum Ramadhan 1431H bakal berlalu.
Assalamu’alaikum wbt…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Mampu lagi kita bernafas dan beribadah di bulan mulia, bulan Ramadhan ni. Dalam sedar tak sedar, Ramadhan dah masuk 10 malam terakhir. Persoalannya…
#Adakah kita perasan kehadiran 10 malam terakhir ni?

#Apa perasaan kita, gembira nak raya? Atau semakin sayu Ramadhan nak berakhir? Atau makin bersemangat nak intensify amal ibadah?
#Adakah kita masih di takuk lama, masih lagi sama? Atau sudah berbeza sebelum dan selepas ramadhan?
Hmm persoalan menarik yang mungkin boleh kita jawab hanya selepas Ramadhan ni agaknya. Tepuk dada, tanya hati kecil anda. =)
Jadi lailatul qadar ni untuk siapa ya?, jawapan nya ia adalah untuk semua ! Ia hanya bergantung kepada siapa yang sudi dan siapa yang tidak sudi sahaja. Siapa yang sanggup untuk bekerja sedaya upaya mendapatkan lailatulqadar. Jika kita lihat, solat tarawikh di bulan Ramadhan ibarat satu penapis,semakin hari semakin kurang jumlah orang yang berkunjung ke masjid untuk menunaikan solat tarawikh. Ia akan menapis dan menunjukkan siapa yang betul-betul layak untuk mendapatkan balasan syurga Allah. Jadi marilah kita berusaha bersungguh-sungguh, jangan berputus asa dengan rahmat Allah dan semakin bersemangat untuk beribadah dihujung Ramadhan ni. Ingatlah yang Allah Maha melihat dan Maha mengetahui, Dia tahu hati hamba-hambanya, dan kadar keikhlasan yang ada tiap-tiap individu.
Pada bulan Ramadhan ni, Allah memberikan kelebihan berganda-ganda kepada kita. Syaitan-syaitan akan dirantai, pintu syurga akan dibuka luas, pintu neraka ditutup, dan amalan yang dilakukan akan dibalas dengan balasan berlipat kali ganda, masyaAllah! Pada bulan ini, adalah masa terbaik untuk kita berubah, daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada bertambah baik. Beruntunglah kepada sesiapa yang dapat memanfaatkan masa ini, dan teramat rugi kepada sesiapa yang kehilangannya. Ganjaran yang besar ini Jika bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan ini tidak dapat mengubah diri kita, maka ada sesuatu yang perlu kita lihat dan kaji semula. Mampukah kita berubah pada bulan-bulan lain, dikala syaitan-syaitan sudah datang untuk membawa kita ke arah kesesatan?
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Ayat ini jelas menunjukkan correlation antara puasa dan ketaqwaan, puasa yang ikhlas dilakukan hanya untuk Allah akan memantapkan ketaqwaan kita.
Janganlah Ramadhan ini jadi seperti batang tebu, di mana manis pada awal nya, dihujung semakin tawar dan tidak menarik. Jika sebelum ini ramai yang berpoya-poya pada awal Ramadhan, masih belum terlambat untuk menambahkan amal ibadah kita pada malam-malam terakhir. Cara-cara bagus untuk menghidupkan Ramadhan adalah dengan
• menambahkan solat-solat sunat,
• membaca Al-Quran serta memahaminya.
• Pada waktu malam, bangun dan kejutkan ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat, etc. Ini dilakukan oleh Rasulullah saw sendiri, di mana baginda mengejutkan ahli keluarganya untuk qiamullail.

Sematkan dalam fikiran yang hidup ini singkat, berkemungkinan ini adalah Ramadhan kita yang terakhir, dan amatlah rugi jika membiarkan ia pergi begitu sahaja. Moga-moga Allah memilih kita semua untuk tabah beribadah dikala banyak dugaan-dugaan mendatang.
Hmm, berkemungkinan sebahagian besar dari kita akan sibuk untuk menyediakan rumah, membeli baju baru, dan menempah kuih-muih. Ini adalah tradisi kita dari tahun ke tahun, setiap kali raya semua orang nak kelihatan cantik dan terbaik untuk lebaran. Sepatutnya tradisi-tradisi duniawi ini adalah yang minima. Kita harus memfokuskan kepada mensyukuri bahawa kita sudah mampu menahan lapar, dahaga, dan juga nafsu semasa Ramadhan, dengan mengharapkan kita mampu kekalkan iman kita sepanjang tahun akan datang.
Wallahu’alam, jzkk
Mohd Ridzwan Bin Jamaluddin
Wallahu’alam, jzkk
Mohd Ridzwan Bin Jamaluddin
0 comments:
Post a Comment