Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW & kaum kerabat baginda.
Agak sudah lama saya tak postkan sesuatu di sini. Di bulan Syawal ini banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Semoga Allah permudahkan urusan saya & kalian semua. Ameen=)
Hari ini adalah hari terakhir Syawal, 29 Syawal 1431H. Esok kita akan melangkah ke bulan Zulkaedah. Bermakna, tak lama lagi jemaah haji akan menunaikan rukun Islam yang ke-5 di bumi Arab. Allah, rindu sangat-sangat dengan kenangan di sana. Bila lagi saya dapat bertemu dengan kekasih Allah, Rasulullah SAW di Madinah & menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada di Masjidil Haram. InsyaAllah, jika diizinkan olehNya & jika diri ini masih panjang umur tak akan melepaskan peluang untuk menunaikan haji pula selepas ini bersama-sama dengan bakal zauj.
Mengenai bulan Syawal baru-baru ini, saya rasa Syawal tahun ini paling bermakna. Sangat bersederhana & dapat menziarahi saudara mara, sahabat handai. Yang tak pernah jumpa & kenal, masa inilah saya dapat mengenali mereka. Pada hari raya ke 6 & 7, saya join konvoi raya dengan sahabat-sahabat baik F5 & classmate F6. Dah lama benar rasanya tak buat konvoi rasa besar-besaran macam ini. Last tahun 2007/2008. Bila beraya dengan sahabat-sahabat baik F5, tak dilupakan untuk ziarah cikgu-cikgu yang pernah mengajar diri saya sehingga menjadi insan yang berguna seperti sekarang. Saya sempat beraya di rumah Cikgu Hasmah (ajar BM dari F4-F6) & Cikgu Syahrizan (guru kelas F5). Sepatutnya nak singgah beraya di rumah Cikgu Rohani (ajar Sains Pertanian F4-F5) tapi beliau menunaikan umrah bersama-sama keluarga penghujung Ramadhan baru-baru ini. Seronoknya beraya di Mekah, tak dapat bayangkan suasana beraya di sana.
Semasa di rumah Cikgu Hasmah, banyak juga yang saya bualkan dengannya. Memang saya sangat sayang dengan cikgu BM saya nie, dah anggap macam emak pun. Tapi, perbualan kami banyak berkisar after saya dah grad nanti. Macam mana nak apply posting dsbnya. Ada juga minta tolong beliau untuk salah satu assignment saya. Hehe. Di rumah Cikgu Syahrizan pula, boleh dikatakan 2 jam lebih jugalah layan borak dengan beliau. Yelah, last beraya di rumah dia tahun 2006/07. Best jugalah borak-borak dengan cikgu kelas saya semasa di F4&F5. Perbualan saya dengan beliau banyak pasal keadaan di sekolah. Seriously, saya sangat merindui suasana sekolah sebab saya 7 tahun belajar di situ. Banyak kenangan pahit manis, suka duka. Walaupun sekolah saya selalu 'kurang cemerlang' dalam akademik & banyak 'pelajar bermasalah' di situ, tapi saya tak kisah dengan pandangan masyarakat di luar sana. Mereka mengata, mengumpat tetapi mereka tak lihat keadaan sebenar sekolah saya. Cuba rasai sendiri seminggu keadaan di sekolah saya, baru tahu duduk perkara yang sebenar.
Okey, saya sambung pula beraya dengan sahabat-sahabat F6 keesokan harinya. Seronok tak terkata jugalah sebab dah lama tak bertemu dengan mereka. Kami konvoi beraya 8 buah rumah hari itu tapi tak termasuk rumah saya sebab balik lepas Maghrib. Penat tak payah cerita tetapi difikirkan kemanisan ukhwwah antara kami semua, terus lupakan kepenatan beraya. Alhamdulillah, rezeki saya pun murah kerana ada parent sahabat memberi duit raya biarpun saya dah berumur 20+ tahun nie=) Dalam perjalanan ke rumah sahabat-sahabat, saya drive kereta. Agak merbahaya jugalah sebab nak kejar masa sampaikan sorang kawan saya cakap nak bawa kereta dia sendiri bila dah sampai turn beraya dirumahnya. Hihi. Tapi, setiap kali saya nak mulakan perjalanan awal 'Bismillah' tak dilupakan & alhamdulillah perjalanan kami hari itu selamat dalam lindunganNya.
Pada 26/9, hari Ahad saya join B2B Raya anjuran iLuvislam.com & Karangkraf. 1st time saya join open house iLuvislam selama 2 tahun lebih jadi ahli berdaftar di iLuvislam.com. Alhamdulillah, walaupun majlis dimulakan lewat sedikit tetapi saya tetap happy + enjoy dengan apa yang telah disediakan. Mabruk diucapkan buat sahabat-sahabat Event Team atas majlis yang gempak nie siap jemput Muadz, kumpulan Mestica & 4 orang Imam Muda lagi tu (Asyraf, Miril, Adib & Abe Syara). Semoga ukhwwah antara kita akan tetap utuh sampai bila-bila ye. InsyaAllah. Sayang krew-krew & user-user iLuvislam.com jiddan~
Sekian saja untuk kali ini. Bertemu dilain post pula. Semoga Allah memberkati kita semua ^_^
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment