Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.
Sudah lama saya tak postkan entri baru di sini. Al-maklumlah, sibuk dengan tugasan-tugasan di universiti serta terlibat dengan sedikit pembaharuan pada Persatuan Mahasiswa Islam UNIRAZAK (PERMAI) tambahan pula nak final exam hujung bulan ini. Alhamdulillah, semua dah selesai dan Majlis Syura PERMAI telah sepakat tidak mahu menghantar wakil PERMAI ke MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa) untuk next election kerana ingin memantapkan barisan saf kepimpinan PERMAI sendiri & dalam masa yang sama ingin melakukan perubahan terhadap students UNIRAZAK. Semoga urusan kami ini dipermudahkan olehNya. Ameen.
Okey, berbalik kepada tajuk entri. Alhamdulillah, hari ini 10 Zulhijjah bermakna kita dapat lagi menyambut Hari Raya AidilAdha/Haji/Qurban. Syukur kepadaNya. Tetapi, adakah kita benar-benar faham apakah erti 'pengorbanan' yang sebenar?
Mari kita hayati semula sirah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S:-
Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.
Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :
"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)
Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.
Jadi, benarlah 'pengorbanan' itu menuntut segala-galanya. Jika kita terpaksa berkorban hati & perasaan dalam soal jodoh, berkorbanlah. Mungkin ada hikmah disebalik pengorbanan itu. Sebagai anak, kita juga perlu mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit untuk menjaga ibubapa kita apabila mereka sudah tua nanti. Sudah tiba masanya pula untuk kita 'berkorban' untuk mereka kerana sebelum ini mereka yang 'berkorban' untuk kita. InsyaAllah, anak-anak yang soleh/ah ganjarannya pasti di syurga sana. Sebelum saya mengundur diri, Eid Eiduladha 1431H saya ucapkan buat muslimin & muslimat seluruh pelusuk dunia ^__^
Credit to: Kemenangan, Kejayaan & Pengorbanan
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment