Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Pengalaman di Hospital Permai, Tampoi ^__^

14 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana diberi peluang utk melawat Hospital Permai di Tampoi Johor pada hari Khamis baru-baru ini iaitu assignment bagi salah satu subjek major yg saya ambil sem ini iaitu Counseling Lab. Saya ada sedikit perkongsian dari lawatan tempoh hari yg mungkin kita boleh ambil ibrah (pengajaran) bersama-sama, insyaAllah.

Rombongan kelas saya yg seramai 39 orang alhamdulillah selamat sampai di Hospital Permai dalam pukul 8.20 pagi. Kami bertolak dari kampus dalam pukul 1 pagi. Rombongan kami disambut dgn mesra oleh staf-staf hospital itu. Dari struktur bangunan saya dpt lihat agak lama juga struktur bangunannya. Saya rasa Hospital Permai adalah hospital mental yg terawal ditubuhkan & diikuti Hospital Tanjung Rambutan di Perak & satu lagi di Sabah..

Pada pukul 9 pagi kami ada sesi bersama dgn kaunselor hospital tersebut iaitu Miss Hema Nair yang berusia 32 tahun. Orangnya cantik & belum berkahwin lagi. Mungkin kesibukan sebagai kaunselor di hospital tersebut membuatkan beliau tak ada masa utk memikirkan mengenai perkahwinan. Dari pengalaman dia menjadi 2 tahun kaunselor di situ, dalam sehari dia hanya boleh mengadakan 6 sesi kaunseling saja dari pelbagai bentuk masalah. Jika dia mengadakan sesi lebih dari 6 kali, kemungkinan dia pula akan mengalami gangguan mental. Antara pengalaman yg saya ingat ialah dia pernah memberi kaunseling kpd pasangan suami isteri yg mempunyai penyakit schizophrenia. Mereka ingin memiliki anak tetapi Miss Hema tidak menggalakkan kerana kemungkinan anak yg bakal lahir akan mendapat penyakit yg sama. Akhirnya, pasangan suami isteri tersebut bercerai & mereka menjalani treatment di hospital tersebut. Pengalaman Miss Hema yg lain pula ialah ada seorang remaja lelaki pelajar IPT masa kecilnya dia selalu dipukul, dirotan oleh ayahnya & bila dia besar dia jadi berdendam & tiba-tiba semasa sesi kaunseling dia menjerit ingin membunuh ayahnya disebabkan trauma yg dia dpt sewaktu kecil. Ada juga klien semasa membuat sesi mendgr suara lain/nampak benda lain ketika itu & mcm2 lagi pengalaman yg dia hadapi. Tapi, ia tak mematahkan semangat saya utk melihat keadaan sebenar mereka di wad. Treatment yg diberikan kepada pesakit mental ialah ubat-ubatan, terapi & sokongan ahli keluarga. Antara ketiga-tiga itu yg paling penting ialah support from family members. Sebagai contohnya, jika pesakit mempunyai 10 org ahli keluarga & salah satunya tak beri sokongan/ tak ambil tahu mengenai pesakit tersebut maka dia menganggap seluruh ahli keluarga tak menyayanginya. Miss Hema menambah lagi, ada juga pesakit yg telah pulih tetapi keluarga tidak mahu menerima mereka. Jadi, mereka ini akan bekerja dalam kawasan hospital seperti bekerja di kantin, koperasi. Ada juga yg bekerja di luar seperti di kedai makan, kedai kek, pemandu lori & kerja yg sesuai dgn mereka tetapi perlu dipantau oleh pihak hospital bimbang penyakit lama akan datang kembali.

Setelah selesai sesi bersama Miss Hema, kami dibawa mengelilingi kawasan Hospital Permai yg tanahnya beratus ekar jugalah tapi hanya digunakan sedikit utk membina hospital tersebut. Kami dibawa melawat wad oleh Encik Mahat, pegawai hospital itu. Walaupun bahasanya sedikit kasar tetapi hatinya sgt baik.. Wad pertama yg saya lawati ialah Wad Kemasukan Lelaki. Wad ini adalah utk kemasukan pesakit-pesakit yg baru & biliknya utk seorang patient saja. Saya lihat white board kemasukan pesakit-pesakit ini mostly mempunyai penyakit schizophrenia. Ada juga penyakit lain seperti bipolar, insomia tapi schizo adalah paling ramai yg menghadapinya. Patients dlm tu lebih kurang 20 org & kebanyakannya adalah Melayu yg usianya dlm lingkungan 18-26 thn. Amat sedih melihat keadaan mereka tapi itulah realiti yg terpaksa diterima. Selain makan ubat, mereka juga diberi sesi kaunseling & pelbagai terapi utk memulihkan penyakit mereka itu. Di wad lelaki yg berikutnya, katil mereka disusun berdekatan & di wad itu memerlukan 5 org warden yg menjaga mereka mengikut shif kerana sering kali juga berlaku pergaduhan antara mereka. Sebelum saya beredar dari wad lelaki, saya terdengar seorang lelaki Melayu menjerit-jerit utk keluar dari wad tersebut & saya merasakan dia adalah pesakit baru. Ketika itu, perasaan saya menjadi sedih & tak sanggup nak lihat keadaan lelaki tersebut. Huhu.

Kemudian, kami bergerak ke Bilik Penempatan Kerja. Di bilik ini, kita dpt lihat hasil kerja pesakit yg penyakitnya tidak begitu teruk. Mereka boleh membuat pelbagai kraftangan. Selain itu, Program Penempatan Kerja juga adalah saluran utk bekas pesakit yang ingin mencari kerja diluar selepas mereka pulih dgn sepenuhnya. Mereka dpt berdikari dgn tak perlu bergantung kpd org lain di samping itu boleh handle emosi, fizikal & sosial. Program nie juga diwujudkan utk memberi latihan suasana bekerja yg sebenar di luar kpd mereka. Jenis pekerjaan yg mereka dpt lakukan seperti pemandu lori, kerja di kedai kek, kantin & cleaner. Mereka juga mendapat aluan bulanan dari JKM kerana mereka tergolong dlm kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU). Kemudian, kami meneruskan lawatan ke Wad Forensik Lelaki. Di situ menempatkan pesakit yg pernah melakukan jenayah berat seperti bunuh, rogol, cabul, dan lain-lain. Pesakit paling tua dlm lingkungan 80 tahun. Tetapi, pesakit boleh membuat rayuan di mahkamah utk mengurangkan hukuman seperti pesalah di penjara biasa mengikut budi bicara mahkamah. Di wad ini, ada 2 org warden menjaga pesakit mengikut shif. Di Wad Forensik Perempuan tidak ada pesakit kerana sehingga sekarang tiada jenayah berat yg dilakukan oleh perempuan utk masuk ke situ.

Sebelum kami menamatkan sesi lawatan, kami melawat ke Villa Damai di mana menempatkan pesakit perempuan yg makin pulih penyakitnya. Di wad ini hanya ada 20 org saja penghuni & rata-rata mereka berusia dlm lingkungan 30-60 thn. Mereka bolrh uruskan diri sendiri dlm erti kata lain dpt makan, mandi & kemaskan katil. Penghuni Villa ini juga turut mengikuti kelas Fardhu Ain yg telah ditetapkan oleh pihak hospital setiap hari. Ketika kami sampai di Wad Kemasukan Perempuan, mereka sedang menikmati makan petang. Menu makanan mereka berlainan tiap-tiap hari & lingkungan usia mereka dalam 40 ke atas. Ada sorang mak cik yg sakit schizo menghiburkan kami ketika rakan2nya yg lain sedang makan. Saya agak sayu & sedih melihatkan keadaan mak cik itu & sygnya dia tak berkahwin lagi. Mungkin dia menghadapi penyakit mental semenjak usia muda. Sebelum kami beredar, mak cik tu mengejar kami & memanggil kami 'Cikgu'. Doa saya semoga Allah melindungi & memulihkan penyakit mak cik itu & sahabat-sahabatnya. Ameen. Akhir sekali, kami melawati Wad Pemulihan P1 utk penyakit Epilepsi & Terencat Akal. Bila saya masuk wad ini, Ya Allah hampir nak nangis dibuatnya kerana mereka tak dpt jaga diri mereka sendiri dari segi makan minum, mandi & pemakaian. Ada satu adegan yg saya tak boleh lupa di wad ini & saya berdoa agar Allah pulihkan semula penyakit yg mak cik2 tersebut hadapi. Ameen. Wad itu dijaga oleh warden mengikut shif seramai 5 org.

Banyak pengalaman & manfaat yg saya dapati dari lawatan ini. Jadi saya harap sahabat semua dpt menguruskan emosi & stress dgn baik agar kita dijauhkan dari penyakit mental. Jika ada apa-apa masalah, kembalilah serta mengadu kepadaNya. Tiada masalah yg tak dpt diselesaikan kecuali kematian, insyaAllah. Info yg saya dpt dari Encik Mahat ialah setiap org ada 1% penyakit mental dlm diri masing-masing cuma atas diri kita utk kendalikan penyakit mental itu samada ia kekal 1% dlm diri kita/sebaliknya. Nau'zubillahminzalik.

Apa yg saya dpt katakan di sini kalau kita jumpa dgn orang yg kurang siuman di tepi jln/di mana-mana saja, jgnlah memaki, mengumpat atau sewaktu dgnnya kerana kita tak rasa apa yg dia rasa ketika itu & dia pun tak minta jadi mcm tu. Sebaiknya, kita menunjukkan sifat simpati & emphati kita terhadap mereka & berdoa agar penyakit mereka dipulihkan olehNya.

Wallahua'lam.

14 comments:

im cik mya said...

salam hai sy nak tny...sy ada membuat kajian mengenai hospital permai ini..saya nk tahu..adakah anda tahu activiti mereka...mungkin setiap ward...harap boleh balas secepat mungkin ..tq

Mujahidah Solehah Wannabe said...

AllahuAkbar. sangat menginsafkan. sekarang sy singgah di sini kerana salah seorang rakan sekerja dan seorang ahli keluarganya baru saja dimasukkan kesini semalam. tekanan perasaan yg sukar dirungkai. AllahAkbar

Jodoh Saya said...

Salam dan salam sejahtera.saya nak bertanya.bagaimana berurusan mengenai kemasukan ke hospital ni? Ada melibatkan ahli keluarga yg dah 6 tahun bermasalah.Tolong bantu

Unknown said...

Nak bertanya Ku rasa malu... Jiwa Ku kehalusan.... Tiada tongak... Ku tengok. Lori semacam nak langgar... Kadang kadang berlari dngn air mata... Tiada yg pasti... Ku pendam Ku tahan... Ku gagal... Akhir Nye lemas DLM diri Ku sendiri

Anonymous said...

Villa Damai tpt yg awk pg melawat dulu dh jd tpt berpuaka dh skg...hospital gila tampoi lama yg awk pg dulu dh lama di tggalkn dan terbiar kosong...

Unknown said...

Sy pernah buat lawatan di hospital permai tahun 2001.tak sangka skrg hospital ni sudah terbiar kosong.

Anonymous said...

Dh tgok ke keadaan terbaru hospital tu?

Unknown said...

2020 macam mane pesakit2 di sane

Anonymous said...

Byk hantu

Anonymous said...

hospital permai lama sekarang msih digunakan sebgai farmasi JKNJ , unit vektor JKNJ dan beberapa pejabat utama bg JKNJ..tiada istilah dibiarkn terbiar & berhantu..mohon jgn sebarkn berita palsu..

Anonymous said...

Sebahagian kecik bangunan depan masih di gunakan manakala wad lelaki dgn perempuan kebykknnya terbiar kosong, ini bukan berita palsu bahalol

Unknown said...

Berapa ramai penghuni Hospital mental permai@Tampoi? Berapa org yg pernah positif Covid19?

Suria Hakim said...

Memang la sbb pesakit2 tlh dipindahkan ke bangunan Hosp Permai yg baharu!

Post a Comment

February 19, 2011

Pengalaman di Hospital Permai, Tampoi ^__^

Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda.

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana diberi peluang utk melawat Hospital Permai di Tampoi Johor pada hari Khamis baru-baru ini iaitu assignment bagi salah satu subjek major yg saya ambil sem ini iaitu Counseling Lab. Saya ada sedikit perkongsian dari lawatan tempoh hari yg mungkin kita boleh ambil ibrah (pengajaran) bersama-sama, insyaAllah.

Rombongan kelas saya yg seramai 39 orang alhamdulillah selamat sampai di Hospital Permai dalam pukul 8.20 pagi. Kami bertolak dari kampus dalam pukul 1 pagi. Rombongan kami disambut dgn mesra oleh staf-staf hospital itu. Dari struktur bangunan saya dpt lihat agak lama juga struktur bangunannya. Saya rasa Hospital Permai adalah hospital mental yg terawal ditubuhkan & diikuti Hospital Tanjung Rambutan di Perak & satu lagi di Sabah..

Pada pukul 9 pagi kami ada sesi bersama dgn kaunselor hospital tersebut iaitu Miss Hema Nair yang berusia 32 tahun. Orangnya cantik & belum berkahwin lagi. Mungkin kesibukan sebagai kaunselor di hospital tersebut membuatkan beliau tak ada masa utk memikirkan mengenai perkahwinan. Dari pengalaman dia menjadi 2 tahun kaunselor di situ, dalam sehari dia hanya boleh mengadakan 6 sesi kaunseling saja dari pelbagai bentuk masalah. Jika dia mengadakan sesi lebih dari 6 kali, kemungkinan dia pula akan mengalami gangguan mental. Antara pengalaman yg saya ingat ialah dia pernah memberi kaunseling kpd pasangan suami isteri yg mempunyai penyakit schizophrenia. Mereka ingin memiliki anak tetapi Miss Hema tidak menggalakkan kerana kemungkinan anak yg bakal lahir akan mendapat penyakit yg sama. Akhirnya, pasangan suami isteri tersebut bercerai & mereka menjalani treatment di hospital tersebut. Pengalaman Miss Hema yg lain pula ialah ada seorang remaja lelaki pelajar IPT masa kecilnya dia selalu dipukul, dirotan oleh ayahnya & bila dia besar dia jadi berdendam & tiba-tiba semasa sesi kaunseling dia menjerit ingin membunuh ayahnya disebabkan trauma yg dia dpt sewaktu kecil. Ada juga klien semasa membuat sesi mendgr suara lain/nampak benda lain ketika itu & mcm2 lagi pengalaman yg dia hadapi. Tapi, ia tak mematahkan semangat saya utk melihat keadaan sebenar mereka di wad. Treatment yg diberikan kepada pesakit mental ialah ubat-ubatan, terapi & sokongan ahli keluarga. Antara ketiga-tiga itu yg paling penting ialah support from family members. Sebagai contohnya, jika pesakit mempunyai 10 org ahli keluarga & salah satunya tak beri sokongan/ tak ambil tahu mengenai pesakit tersebut maka dia menganggap seluruh ahli keluarga tak menyayanginya. Miss Hema menambah lagi, ada juga pesakit yg telah pulih tetapi keluarga tidak mahu menerima mereka. Jadi, mereka ini akan bekerja dalam kawasan hospital seperti bekerja di kantin, koperasi. Ada juga yg bekerja di luar seperti di kedai makan, kedai kek, pemandu lori & kerja yg sesuai dgn mereka tetapi perlu dipantau oleh pihak hospital bimbang penyakit lama akan datang kembali.

Setelah selesai sesi bersama Miss Hema, kami dibawa mengelilingi kawasan Hospital Permai yg tanahnya beratus ekar jugalah tapi hanya digunakan sedikit utk membina hospital tersebut. Kami dibawa melawat wad oleh Encik Mahat, pegawai hospital itu. Walaupun bahasanya sedikit kasar tetapi hatinya sgt baik.. Wad pertama yg saya lawati ialah Wad Kemasukan Lelaki. Wad ini adalah utk kemasukan pesakit-pesakit yg baru & biliknya utk seorang patient saja. Saya lihat white board kemasukan pesakit-pesakit ini mostly mempunyai penyakit schizophrenia. Ada juga penyakit lain seperti bipolar, insomia tapi schizo adalah paling ramai yg menghadapinya. Patients dlm tu lebih kurang 20 org & kebanyakannya adalah Melayu yg usianya dlm lingkungan 18-26 thn. Amat sedih melihat keadaan mereka tapi itulah realiti yg terpaksa diterima. Selain makan ubat, mereka juga diberi sesi kaunseling & pelbagai terapi utk memulihkan penyakit mereka itu. Di wad lelaki yg berikutnya, katil mereka disusun berdekatan & di wad itu memerlukan 5 org warden yg menjaga mereka mengikut shif kerana sering kali juga berlaku pergaduhan antara mereka. Sebelum saya beredar dari wad lelaki, saya terdengar seorang lelaki Melayu menjerit-jerit utk keluar dari wad tersebut & saya merasakan dia adalah pesakit baru. Ketika itu, perasaan saya menjadi sedih & tak sanggup nak lihat keadaan lelaki tersebut. Huhu.

Kemudian, kami bergerak ke Bilik Penempatan Kerja. Di bilik ini, kita dpt lihat hasil kerja pesakit yg penyakitnya tidak begitu teruk. Mereka boleh membuat pelbagai kraftangan. Selain itu, Program Penempatan Kerja juga adalah saluran utk bekas pesakit yang ingin mencari kerja diluar selepas mereka pulih dgn sepenuhnya. Mereka dpt berdikari dgn tak perlu bergantung kpd org lain di samping itu boleh handle emosi, fizikal & sosial. Program nie juga diwujudkan utk memberi latihan suasana bekerja yg sebenar di luar kpd mereka. Jenis pekerjaan yg mereka dpt lakukan seperti pemandu lori, kerja di kedai kek, kantin & cleaner. Mereka juga mendapat aluan bulanan dari JKM kerana mereka tergolong dlm kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU). Kemudian, kami meneruskan lawatan ke Wad Forensik Lelaki. Di situ menempatkan pesakit yg pernah melakukan jenayah berat seperti bunuh, rogol, cabul, dan lain-lain. Pesakit paling tua dlm lingkungan 80 tahun. Tetapi, pesakit boleh membuat rayuan di mahkamah utk mengurangkan hukuman seperti pesalah di penjara biasa mengikut budi bicara mahkamah. Di wad ini, ada 2 org warden menjaga pesakit mengikut shif. Di Wad Forensik Perempuan tidak ada pesakit kerana sehingga sekarang tiada jenayah berat yg dilakukan oleh perempuan utk masuk ke situ.

Sebelum kami menamatkan sesi lawatan, kami melawat ke Villa Damai di mana menempatkan pesakit perempuan yg makin pulih penyakitnya. Di wad ini hanya ada 20 org saja penghuni & rata-rata mereka berusia dlm lingkungan 30-60 thn. Mereka bolrh uruskan diri sendiri dlm erti kata lain dpt makan, mandi & kemaskan katil. Penghuni Villa ini juga turut mengikuti kelas Fardhu Ain yg telah ditetapkan oleh pihak hospital setiap hari. Ketika kami sampai di Wad Kemasukan Perempuan, mereka sedang menikmati makan petang. Menu makanan mereka berlainan tiap-tiap hari & lingkungan usia mereka dalam 40 ke atas. Ada sorang mak cik yg sakit schizo menghiburkan kami ketika rakan2nya yg lain sedang makan. Saya agak sayu & sedih melihatkan keadaan mak cik itu & sygnya dia tak berkahwin lagi. Mungkin dia menghadapi penyakit mental semenjak usia muda. Sebelum kami beredar, mak cik tu mengejar kami & memanggil kami 'Cikgu'. Doa saya semoga Allah melindungi & memulihkan penyakit mak cik itu & sahabat-sahabatnya. Ameen. Akhir sekali, kami melawati Wad Pemulihan P1 utk penyakit Epilepsi & Terencat Akal. Bila saya masuk wad ini, Ya Allah hampir nak nangis dibuatnya kerana mereka tak dpt jaga diri mereka sendiri dari segi makan minum, mandi & pemakaian. Ada satu adegan yg saya tak boleh lupa di wad ini & saya berdoa agar Allah pulihkan semula penyakit yg mak cik2 tersebut hadapi. Ameen. Wad itu dijaga oleh warden mengikut shif seramai 5 org.

Banyak pengalaman & manfaat yg saya dapati dari lawatan ini. Jadi saya harap sahabat semua dpt menguruskan emosi & stress dgn baik agar kita dijauhkan dari penyakit mental. Jika ada apa-apa masalah, kembalilah serta mengadu kepadaNya. Tiada masalah yg tak dpt diselesaikan kecuali kematian, insyaAllah. Info yg saya dpt dari Encik Mahat ialah setiap org ada 1% penyakit mental dlm diri masing-masing cuma atas diri kita utk kendalikan penyakit mental itu samada ia kekal 1% dlm diri kita/sebaliknya. Nau'zubillahminzalik.

Apa yg saya dpt katakan di sini kalau kita jumpa dgn orang yg kurang siuman di tepi jln/di mana-mana saja, jgnlah memaki, mengumpat atau sewaktu dgnnya kerana kita tak rasa apa yg dia rasa ketika itu & dia pun tak minta jadi mcm tu. Sebaiknya, kita menunjukkan sifat simpati & emphati kita terhadap mereka & berdoa agar penyakit mereka dipulihkan olehNya.

Wallahua'lam.

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©