Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Kenangan Terindah Selamanya..

3 comments
Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana masih diberi nafas lagi untuk mencoret sesuatu di blog ini setelah sekian lama tak ada entri baru. Ya, saya agak sibuk dengan praktikal dan malamnya pula perlu tidur awal untuk persediaan hari esoknya. Tambahan pula nak edit template blog ini tak dapat sebab tak ingat cara nak buang template lama, agak takde mood nak tulis entri baru. Hehe=D Nasib baik dik Iera comey ada beritahu sekali lagi kepada saya. Syukran jiddan ye dik comey=)

Nak cerita serba sedikit mengenai perjalanan 2 minggu kaunseling praktikal di SMKJR, sekolah lama saya dari Form 1 hingga Form 6. Lama juga, 7 tahun saya bersekolah di situ. Kenapa saya pilih sekolah itu untuk kaunseling praktikal sedangkan banyak lagi sekolah yang berhampiran dengan rumah saya? Jawapannya kerana banyak kenangan manis tak kurang juga kenangan pahit ketika berada di sekolah itu. Tika saya menjejakkan kaki di setiap ruangan sekolah, pasti kenangan lama mengusik jiwa. Cewah. Apakah itu? Biarlah menjadi rahsia di antara saya & Dia saja=) Alhamdulillah, respons cikgu-cikgu yang pernah & tak pernah mengajar saya amat positif tetapi ada juga yang mengatakan saya sombong, tak tegur cikgu. Saya senyum saja bila ada segelintir suara katakan begitu. Ya, saya minta maaf kerana mungkin juga saya ada terlepas pandang. Ada cikgu yang saya tak tegur tapi bukan sengaja. Mentor saya iaitu Umi Jemi'at pula sangat baik, siap makan bersuap lagi kalau ada masa. Memang beliau layan saya macam anaknya sendiri. Kak Sri & Kak Neli iaitu kaunselor pagi pun baik & beri kerjasama kepada saya begitu juga Kak Gee & Kak Aini kaunselor petang. Pelbagai gelagat pelajar saya jumpa bila masuk kelas relief. Ada yang bagi respons positif & tak kurang juga buat tak tahu. Lebih-lebih lagi bila saya perkenalkan diri saya sebagai kaunselor pelatih. Takpe, saya anggap itu sebagai cabaran praktikal. Paling lucu, saya dapat hadiah Hari Guru last day sebelum cuti sekolah dari 1st klien saya & ucapannya dia menyebutkan 'Puan Wan Siti Aisyah', hehe=p. Panggilan ini bukan sekali dah saya dengar, mungkin disebabkan cincin emas yang saya pakai di jari manis sebelah kiri menandakan yang saya telah 'berpunya'. Nampak gayanya lepas habis degree kena bergelar 'Puan' betul nie. Haha. Itu saja cerita saya setakat ini mengenai praktikal kaunseling saya. InsyaAllah, jika ada masa & ruang saya akan menulis lagi di sini.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai komuniti.iluvislam alang-alang saya menulis. Takut tiba-tiba esok lusa saya dah tak ada di dunia ini, siapa yang tahukan. Semuanya adalah rahsia Dia=) Ya, komuniti@forum iluvislam telah ditutup sepenuhnya pada 29 Mei lepas & telah diganti dengan sistem soal jawab bersama pakar. Wow, lepas ini saya akan menjadi pakar Kaunselor. Rasanya tak layak lagi gelaran pakar itu diberikan kepada saya & sahabat Kaunselor yang lain kerana ilmu kami masih tak cukup serta pengetahuan yang sedia ada pun amat terhad. Saya turut merasakan expectation yang tinggi melalui sistem soal jawab ini di mana jawapan kami kali ini bukannya jawapan yang pendek atau biasa-biasa seperti yang selalu kami berikan di forum. Yelah, dah nama pun 'Pakar' kan. So, kita tunggu & lihat saja lah tapi yang penting perasaannya tak sama seperti berforum. Mungkin bila tiba masanya saya perlu meninggalkan amanah itu. Jujurnya, saya, team saya & sahabat forumer yang lain sangat sedih bila dapat tahu dari Presiden sistem soal jawab yang bakal menggantikan komuniti. Walaupun bermacam alasan kami berikan untuk memujuknya tetapi jika beliau dah buat keputusan, takkan toleh ke belakang lagi. Banyak kenangan saya bersama forum iluvislam.com sejak saya sertainya pada 13 Jun '08, pejam celik pejam celik sudah 4 tahun saya bersama forum. Sebelum itu, saya agak tertarik dengan testinya yang menarik & artikel. Bila saya baca artikel, tertarik hati untuk berforum sehinggalah diberi amanah memegang jawatan sebagai 'Dr. Cinta Muslimah' pada 10 Jan '10 & Kaunselor pada Jun '10. Banyak kenangan terindah bersama users, krew & yang paling indah bekerja bersama-sama team Forum utk menjaga perjalanan forum agar teratur & tiada sebarang masalah. Ukhwwah yang dibina antara kami semua tak dapat ditukar dengan wang ringgit hatta harta benda sekalipun. Melalui forum jugalah sedikit sebanyak saya berubah dari pelbagai sudut & semestinya berubah untuk mencari redhaNya. Apapun, hidup perlu diteruskan walaupun komuniti dah tak ada. Sekarang, saya boleh meneruskan berforum di SaffMuslim atas inisiatif bekas team saya dan bekas krew iluvislam. Tujuan ditubuhkan SaffMuslim bukan untuk membalas dendam kepada Presiden/iluvislam cuma kami merasakan kami perlu mencari tempat baru untuk users lepak-lepak, berkongsi idea/pendapat kerana mereka tak dapat berbuat demikian melalui sistem soal jawab. Jadi, buang yang keruh ambil yang jernih=)

Rasanya dah panjang saya berceloteh di sini. InsyaAllah, jika panjang umur & diberi ruang olehNya saya akan update entri yang terbaru.

Wallahua'lam.

3 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Terima Kasih akak. Insha Allah ape2 masalah , naim akan PM akak.

Pegang jawatan Mod, macam jadi YB. haha.. kena adil dan saksama. XD

SaffMuslim. Jom rapatkan saff.. :

Sayyidusshuhada said...

InsyaAllah akak : )

Mudah mudahan ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Amin ^^

-Wan Siti Aisyah- said...

Naim-> Sama-sama=) Alrite, ada apa-apa masalah berkaitan dgn forum jgn segan silu PM akak ye.. Yup, kena adil & saksama bila dah jadi Mod nie.. Jgn ada pilih kasih/kes yg tak best didengar mcm forum sebelum nie.. Huhu..

Farhana-> Ameen Ya Rabb~ Betul ckp Farhana tu sebab akak boleh focus more on my praktikal now=) Sistem soal jawab tu pun akak tak tahu apa-apa lagi.. Tapi, kalau iluvislam tak nak akak dah akak tak kisah.. Banyak medium lain lagi akak boleh guna utk berdakwah^^

Post a Comment

June 4, 2011

Kenangan Terindah Selamanya..

Bismillah. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana masih diberi nafas lagi untuk mencoret sesuatu di blog ini setelah sekian lama tak ada entri baru. Ya, saya agak sibuk dengan praktikal dan malamnya pula perlu tidur awal untuk persediaan hari esoknya. Tambahan pula nak edit template blog ini tak dapat sebab tak ingat cara nak buang template lama, agak takde mood nak tulis entri baru. Hehe=D Nasib baik dik Iera comey ada beritahu sekali lagi kepada saya. Syukran jiddan ye dik comey=)

Nak cerita serba sedikit mengenai perjalanan 2 minggu kaunseling praktikal di SMKJR, sekolah lama saya dari Form 1 hingga Form 6. Lama juga, 7 tahun saya bersekolah di situ. Kenapa saya pilih sekolah itu untuk kaunseling praktikal sedangkan banyak lagi sekolah yang berhampiran dengan rumah saya? Jawapannya kerana banyak kenangan manis tak kurang juga kenangan pahit ketika berada di sekolah itu. Tika saya menjejakkan kaki di setiap ruangan sekolah, pasti kenangan lama mengusik jiwa. Cewah. Apakah itu? Biarlah menjadi rahsia di antara saya & Dia saja=) Alhamdulillah, respons cikgu-cikgu yang pernah & tak pernah mengajar saya amat positif tetapi ada juga yang mengatakan saya sombong, tak tegur cikgu. Saya senyum saja bila ada segelintir suara katakan begitu. Ya, saya minta maaf kerana mungkin juga saya ada terlepas pandang. Ada cikgu yang saya tak tegur tapi bukan sengaja. Mentor saya iaitu Umi Jemi'at pula sangat baik, siap makan bersuap lagi kalau ada masa. Memang beliau layan saya macam anaknya sendiri. Kak Sri & Kak Neli iaitu kaunselor pagi pun baik & beri kerjasama kepada saya begitu juga Kak Gee & Kak Aini kaunselor petang. Pelbagai gelagat pelajar saya jumpa bila masuk kelas relief. Ada yang bagi respons positif & tak kurang juga buat tak tahu. Lebih-lebih lagi bila saya perkenalkan diri saya sebagai kaunselor pelatih. Takpe, saya anggap itu sebagai cabaran praktikal. Paling lucu, saya dapat hadiah Hari Guru last day sebelum cuti sekolah dari 1st klien saya & ucapannya dia menyebutkan 'Puan Wan Siti Aisyah', hehe=p. Panggilan ini bukan sekali dah saya dengar, mungkin disebabkan cincin emas yang saya pakai di jari manis sebelah kiri menandakan yang saya telah 'berpunya'. Nampak gayanya lepas habis degree kena bergelar 'Puan' betul nie. Haha. Itu saja cerita saya setakat ini mengenai praktikal kaunseling saya. InsyaAllah, jika ada masa & ruang saya akan menulis lagi di sini.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai komuniti.iluvislam alang-alang saya menulis. Takut tiba-tiba esok lusa saya dah tak ada di dunia ini, siapa yang tahukan. Semuanya adalah rahsia Dia=) Ya, komuniti@forum iluvislam telah ditutup sepenuhnya pada 29 Mei lepas & telah diganti dengan sistem soal jawab bersama pakar. Wow, lepas ini saya akan menjadi pakar Kaunselor. Rasanya tak layak lagi gelaran pakar itu diberikan kepada saya & sahabat Kaunselor yang lain kerana ilmu kami masih tak cukup serta pengetahuan yang sedia ada pun amat terhad. Saya turut merasakan expectation yang tinggi melalui sistem soal jawab ini di mana jawapan kami kali ini bukannya jawapan yang pendek atau biasa-biasa seperti yang selalu kami berikan di forum. Yelah, dah nama pun 'Pakar' kan. So, kita tunggu & lihat saja lah tapi yang penting perasaannya tak sama seperti berforum. Mungkin bila tiba masanya saya perlu meninggalkan amanah itu. Jujurnya, saya, team saya & sahabat forumer yang lain sangat sedih bila dapat tahu dari Presiden sistem soal jawab yang bakal menggantikan komuniti. Walaupun bermacam alasan kami berikan untuk memujuknya tetapi jika beliau dah buat keputusan, takkan toleh ke belakang lagi. Banyak kenangan saya bersama forum iluvislam.com sejak saya sertainya pada 13 Jun '08, pejam celik pejam celik sudah 4 tahun saya bersama forum. Sebelum itu, saya agak tertarik dengan testinya yang menarik & artikel. Bila saya baca artikel, tertarik hati untuk berforum sehinggalah diberi amanah memegang jawatan sebagai 'Dr. Cinta Muslimah' pada 10 Jan '10 & Kaunselor pada Jun '10. Banyak kenangan terindah bersama users, krew & yang paling indah bekerja bersama-sama team Forum utk menjaga perjalanan forum agar teratur & tiada sebarang masalah. Ukhwwah yang dibina antara kami semua tak dapat ditukar dengan wang ringgit hatta harta benda sekalipun. Melalui forum jugalah sedikit sebanyak saya berubah dari pelbagai sudut & semestinya berubah untuk mencari redhaNya. Apapun, hidup perlu diteruskan walaupun komuniti dah tak ada. Sekarang, saya boleh meneruskan berforum di SaffMuslim atas inisiatif bekas team saya dan bekas krew iluvislam. Tujuan ditubuhkan SaffMuslim bukan untuk membalas dendam kepada Presiden/iluvislam cuma kami merasakan kami perlu mencari tempat baru untuk users lepak-lepak, berkongsi idea/pendapat kerana mereka tak dapat berbuat demikian melalui sistem soal jawab. Jadi, buang yang keruh ambil yang jernih=)

Rasanya dah panjang saya berceloteh di sini. InsyaAllah, jika panjang umur & diberi ruang olehNya saya akan update entri yang terbaru.

Wallahua'lam.

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©