Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Hakikat Pertunangan

0 comments
Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda. 

Rasanya bulan 12 ni nak cerita pasal tunang kahwin saja. Yelah, kalau dah nama cuti sekolah tak sah kalau tak ada jemputan kenduri kendara. Ramai yang mengambil peluang untuk membina baitul muslim ketika musim cuti sekolah kerana sanak saudara boleh berkumpul di kampung bagi meraikan hari bahagia tersebut. Entri kali ini saya ingin menyentuh mengenai pertunangan abang sulung saya. Alhamdulillah, beliau telah selamat ditunangkan dengan bakal isteri yang insyaAllah solehah, baik agama dan akhlaknya pada 4 Disember baru-baru ini. Ore Kelate juga, tak leh lari ke mana lah. Balik kampung asal. Hehe.

Selalunya, kalau diikutkan hukum bertunang si lelaki tidak perlu ada bersama ketika hari pertunangan tapi apa yang saya dapat lihat sekarang rata-rata majlis pertunangan jadi seperti majlis kahwin pula gamaknya. Siap si perempuan bersolek bagai, baju cantik mengalahkan hari perkahwinan dan selepas ibu si lelaki menyarungkan cincin kepada si perempuan, mereka bergambar berduaan seolah-olah sudah ada 'ikatan' yang sah padahal tidak dibolehkan. Kalau rasa nak juga bergambar, sila ajak mak ayah sekali, sedara mara seperti Ustaz Azhar katakan.

Nak cerita pasal persediaan sebelum pertunangan. Macam biasalah, ada hantaran juga macam perkahwinan. Saya pun tolong mak cik no 6 siapkan gubahan. Saya amat respek dengan seni halus yang beliau ada. Beliau sangat kreatif dalam gubahan dan sangat teliti. Ikut hati saya tak kisah sangat warna tak berapa nak matching, simple sudah, dah nama pun bertunang tapi mak cik saya cakap 'Tak boleh buat gitu-gitu je, nanti pihak perempuan cakap apa pula. Samalah masa awak nak bertunang nanti, kena gubah elok-elok'. Dalam hati saya jawab pula dah. Sebelah perempuan pun ada hantaran untuk si lelaki? Pelik juga tu sebab sebelum ini tak salah saya hanya pihak si lelaki saja yang beri hantaran semasa pertunangan & yang paling penting cincin. Takpe, nanti saya lihat sendiri di rumah si perempuan.

Bila dah masuk rumah bakal kakak ipar saya, memang betul apa yang mak cik no 6 saya katakan. Si perempuan turut menyediakan hantaran. Kami bawa 5 & si perempuan balas 5 juga. Itu tak apa lagi, yang saya sedikit terkejut si perempuan turut sediakan cincin pertunangan untuk abang sulung saya. Err, perlukah si lelaki memakai cincin pertunangan? Bagi saya, cukup si perempuan saja yang pakai cincin tersebut. Bila saya lihat situasi ini, saya fikir banyak kali pasal tunang & kahwin. Masa tunang pun dah keluar duit, apatah lagi masa kahwin. Huhu. Ikut cara saya nak simple & mudah saja sebab dah nama pun bertunangkan, bukan kahwin lagi. Kalau setakat hantaran saya boleh terima tapi bab bagi cincin kepada si lelaki tak berapa sesuai & dah bazir RM500+ di situ. RM500 tu boleh guna untuk kahwin nanti. Entahlah, mungkin zaman dah makin moden jadi mereka mengikut peredaran masa. Apapun, saya doakan hubungan mereka kekal hingga ke walimah nanti & dapat mengharungi onak duri semasa pertunangan ini.. Ameen~

Sebelum saya akhiri entri nie, saya hadiahkan sedikit perkongsian buat tatapan sahabat semua. Semoga bermanfaat, insyaAllah =)

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

December 9, 2011

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©