Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Kenangan Tahun 2011...

0 comments
Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda.

InsyaAllah, jika diizinkanNya kita akan memasuki tahun baru 2012 dalam beberapa jam sahaja lagi. Saya pasti kita semua ada kenangan yang terindah & tak kurang juga yang agak 'pahit' untuk dikenang dalam hidup kita. Entri kali ini saya akan berkongsi antara kenangan pada tahun 2011 yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila, insyaAllah.

Bulan Jan-Mac, saya masih meneruskan pengajian di tahun 3, semester yang ke-8. Di semester tersebut saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti luar kelas kerana saya mengambil subjek major Lab Counseling di mana saya & rakan-rakan perlu membuat lawatan sambil belajar dan mengendalikan Kem Kaunseling. Dalam pada masa yang sama, saya juga sibuk merancang untuk mengadakan Kem Kepimpinan Islam anjuran PERMAI. Kem tersebut adalah 'buah tangan' yang terakhir sebelum Exco Tertinggi 2010/2011 bakal menyerahkan tampuk kepada pimpinan yang baru. Dengan izinNya, alhamdulillah saya dapat melakukan yang terbaik bagi kedua-dua kem walaupun ada sedikit 'compang-camping'. Lawatan ke Hospital Permai ( dahulu dikenali sebagai Hospital Tampoi) di JB banyak memberikan pengalaman yang manis serta sedih untuk saya dan sedikit sebanyak dapat tahu mengenai penyakit mental yang dihadapi oleh mereka walaupun saya tak jadi doktor pakar jiwa. 

16 Mei 2011, bermulalah kaunseling praktikum saya di SMK Jalan Reko iaitu di sekolah lama saya selama 7 tahun. Pada permulaan, agak sukar untuk mencari pelajar/klien untuk mengadakan sesi kaunseling individu & kelompok tetapi pada minggu ke-3 praktikum alhamdulillah sudah ada pelajar yang ingin mendapat khidmat bimbingan & kaunseling dari saya. Untuk membuat kaunseling individu tidak begitu sukar kerana saya hanya perlu memanggil pelajar yang melakukan kes disiplin. Terlalu banyak unit B&K mendapat surat amaran dari unit disiplin sehingga di akhir praktikal masih ada lagi surat amaran dari mereka. Kesalahan pelajar-pelajar ini bukan teruk mana pun contohnya makan dalam kelas, tidur dalam kelas. Huhu. Nasib baik saya dah habis sekolah. Kalau tak, rasanya markah PSP saya dah jadi 50+. Di akhir praktikum, saya berjaya mengadakan 37 sesi kelompok & 130 sesi individu. Itu pun masih ada lagi yang ingin bersesi dengan saya di saat-saat akhir. Saya merindui suasana tersebut. Entah bila lagi dapat buat program, tanda ujian inventori, & buat sesi dengan mereka. Saya berharap masih ada sinar harapan untuk saya melakukan semua ini di sekolah lain pula.

Pada bulan September-Disember, saya meneruskan semester terakhir saya iaitu dengan menyiapkan tesis. Walaupun banyak cabaran & dugaan perlu ditempuhi untuk menyiapkan tesis yang mempunyai 100 muka surat tetapi akhirnya berjaya juga disiapkan. Saya menggunakan pelajar-pelajar SMK Jalan Reko sebagai sampel yang diuji dalam tesis saya. Hehe. Tak mustahil ada yang menangguhkan pengajian MA mereka kerana tidak 'tahan' menyiapkan tesis ijazah sebelum ini. Moga-moga keputusan semester akhir saya mendapat keputusan yang terbaik semasa graduasi bln 10 2012 nanti, Ameen~

Setakat ini dahulu coretan saya bagi mengakhiri tahun 2011. Harapan saya untuk tahun 2012 agar diberi pekerjaan yang diredhaiNya, dapat bahagiakan parent saya, terus menjadi anak, kakak, dan hamba yang taat akan segala perintahNya.

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

December 31, 2011

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©