Lontarkan Pendapat

Halwa Telinga ^_^

Kenali Diriku..

My Photo
-Wan Siti Aisyah-
Kelantan & Selangor, Malaysia
# Counselor to be, insyaAllah~ # Currently work at Tadika Khalifah Bestari~ # Loved my students, children, baby & kids so much~ # Loved Allah & prophet S.A.W more then others~ # Independent, talkative, loving, sensitive, caring person~
View my complete profile

Jom Ikut! ^_^

Tadika Khalifah Bestari 2012 ^__^

2 comments
Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda. Hamdalah, masih diberi kesihatan tubuh badan yang baik & ruang serta masa untuk update blog. Sudah lama blog saya 'berhabuk' kerana kesibukan bekerja sebagai guru tadika merangkap guru kelas. Mungkin ramai masyarakat di luar sana fikir tugas sebagai seorang guru tadika senang, mudah & tak banyak kerja kerana perlu menjaga anak-anak, bermain & mengajar selepas itu pulang ke rumah tetapi ia tak semudah yang di sangka. Di samping menjaga anak-anak yang baru mengenal dunia luar, dunia bersama kawan-kawan serta cikgunya, tugas seorang guru tadika adalah lebih dari itu lagi-lagi jika memegang tugasan guru kelas. Baru saya faham sekarang kenapa mak saya menolak banyak jawatan yang ditawarkan di sekolah kepadanya kerana tidak tahan dengan bebanan tugas itu. Entri kali ini saya ingin bercerita serba sedikit mengenai tempat kerja saya sekarang iaitu Tadika Khalifah Bestari.

Pada 5 Januari 2012 saya memulakan tugas sebagai guru di tadika ini. Sebelum ini, saya pernah menjadi pembantu guru selama 3 bulan lebih pada tahun 2008 sementara menunggu keputusan STPM. Syukur kepadaNya kerana saya memohon kerja sebagai guru tadika dalam saat-saat terakhir dan mungkin rezeki saya dapat juga bekerja di situ akhirnya. Kebetulan pula, pengurus TKB Acik Laili sedang mencari seorang lagi guru untuk mengisi kekosongan di tadika tersebut. Masih ada guru-guru lama yang bekerja di situ seperti Kak Eza, Acik Yam dan Kak Yan jadi tak ada masalah sangat jika nak perlukan apa-apa bantuan. Guru-guru lain yg bekerja di situ ialah Kak Mar, Kak Azie, Kak Sarimah, Kak Ita, Kak Nik, Yah, Bainie, Muneerah, Kak Linda & Kak Gee. Guru besar, Acik Zaiton & penolong guru besar, Kak Fara pun baik juga orangnya.

Saya masih ingat lagi hari pertama persekolahan di tadika tersebut sebelum saya menjadi guru kelas Sumaiyyah macam biasalah perlu tenangkan anak-anak yang menangis, tak nak masuk kelas, nak mama papa. Hehe. Antara 7 orang yang menangis, 2 orang ialah dari kelas saya iaitu Raimi & Amirul. Minggu orientasi selama 3 minggu pun berjalan lancar dengan izinNya di mana waktu pagi mereka belajar, waktu petang mereka berehat atau tidur.

Apabila pembelajaran dijalankan seperti biasa, barulah saya tahu tugas seorang guru tadika tidak terlalu mudah. Tugasan yang paling dekat perlu saya lakukan ialah memastikan murid-murid kenal huruf dan boleh membaca pada bulan 3 dan seterusnya mereka mahir membaca pada bulan 5. Allahurabbi. Ini adalah cabaran yang agak berat bagi saya lebih-lebih lagi saya mengajar 5 tahun yang baru mengenal huruf, nombor dsbnya. Saya khuatir jika tak dapat mencapai target yang dikehendaki oleh pengurus TKB. Saya akan berusaha untuk mencapai target tersebut dan kepada Allah saya sandarkan segala-galanya agar urusan saya dipermudahkan sepanjang mengajar di situ. Ameen.

Perkara yang saya suka sepanjang mengajar di sini ialah suasana persekitaran yang Islamik. Anak-anak belajar doa-doa, hadis, mengaji, , iqra', akhlak, ibadah, sirah, akidah di samping subjek utama seperti BM, Math, BI, Sains serta Art & Craft. Setiap hari Isnin pula diadakan usrah guru di mana para guru boleh mendapat makanan tambahan rohani selepas mengajar. Tadika saya juga membuat rancangan mengajar mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak cuma ditambah dengan ERMK (Elemen Rabbani Merentasi Kurikulum). Saya berdoa agar diberi kekuatan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak Sumaiyyah seramai 18 orang, insyaAllah. Masa berlalu dengan begitu pantas dan saya perlu mengundur diri dahulu. InsyaAllah, panjang umur kita berjumpa di entri akan datang. Wallahua'lam.


Ahmad Zafer memenangi pertandingan mewarna semperna sambutan Maulidur Rasul 1433H =)

Muhammad Raimi Naufal, one of my hero =)

My Sumaiyyah 'childrens' =)

2 comments:

Rasailul Ashwaq said...

Peranan cikgu tadika sangat penting dalam perkembangan lanjutan akademik dan motivasi pelajar.

Alkisah pada 3 minggu berlaku sesi marah-bebel dua pelajar tingkatan 2 yang mengganggu P&P kelas sesudah gagal menghafal ayat 8 Surah Ali-Imran yang di-translate-kan ke rumi. Marah punya marah, kawan dia bersuara, "Cikgu, dia ni bodoh tak reti baca."

Ingatkan dia menyakat kawannya, saya pun tanyalah, "ABC reti dak?" Jawabnya "Saya tak tau baca. ABC reti sikit-sikit."

Tingkatan 2 dan ABC reti sikit-sikit.

-Wan Siti Aisyah- said...

Sorry lmbt bls dear, tak perasan awk komen.. Tak sempat nak update blog, mlm2 mesti syahid awal =.= Yup, betul sgt2.. Bila bebdk nih susah nak baca 'A, Ba, Ca' & 'Iqra' saya jadi geram & nak mkn sorang2 je rasa.. Dah lah saya jaga kelas 5 tahun.. Nanti diaorang naik 6 tahun, tak reti baca, mengaji cikgu-cikgu 6 tahun salahkan cikgu-cikgu 5 tahun sbb tak ajar budak-budak 5 tahun betul-betul.. Huhu.. Doakan saya tabah & urusan saya dipermudahkan utk memberikan yg terbaik kat diaorang eh =)

P/S: Saya tak hairan bila masuk sekolah menengah ada yang tak boleh kuasai 3M sebab kat ex-school saya masih ada pelajar Form 5 yang tak pandai membaca, menulis & mengira.. Adeh~ Sabar je lah..

Post a Comment

February 12, 2012

Tadika Khalifah Bestari 2012 ^__^

Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah SAW serta kaum kerabat baginda. Hamdalah, masih diberi kesihatan tubuh badan yang baik & ruang serta masa untuk update blog. Sudah lama blog saya 'berhabuk' kerana kesibukan bekerja sebagai guru tadika merangkap guru kelas. Mungkin ramai masyarakat di luar sana fikir tugas sebagai seorang guru tadika senang, mudah & tak banyak kerja kerana perlu menjaga anak-anak, bermain & mengajar selepas itu pulang ke rumah tetapi ia tak semudah yang di sangka. Di samping menjaga anak-anak yang baru mengenal dunia luar, dunia bersama kawan-kawan serta cikgunya, tugas seorang guru tadika adalah lebih dari itu lagi-lagi jika memegang tugasan guru kelas. Baru saya faham sekarang kenapa mak saya menolak banyak jawatan yang ditawarkan di sekolah kepadanya kerana tidak tahan dengan bebanan tugas itu. Entri kali ini saya ingin bercerita serba sedikit mengenai tempat kerja saya sekarang iaitu Tadika Khalifah Bestari.

Pada 5 Januari 2012 saya memulakan tugas sebagai guru di tadika ini. Sebelum ini, saya pernah menjadi pembantu guru selama 3 bulan lebih pada tahun 2008 sementara menunggu keputusan STPM. Syukur kepadaNya kerana saya memohon kerja sebagai guru tadika dalam saat-saat terakhir dan mungkin rezeki saya dapat juga bekerja di situ akhirnya. Kebetulan pula, pengurus TKB Acik Laili sedang mencari seorang lagi guru untuk mengisi kekosongan di tadika tersebut. Masih ada guru-guru lama yang bekerja di situ seperti Kak Eza, Acik Yam dan Kak Yan jadi tak ada masalah sangat jika nak perlukan apa-apa bantuan. Guru-guru lain yg bekerja di situ ialah Kak Mar, Kak Azie, Kak Sarimah, Kak Ita, Kak Nik, Yah, Bainie, Muneerah, Kak Linda & Kak Gee. Guru besar, Acik Zaiton & penolong guru besar, Kak Fara pun baik juga orangnya.

Saya masih ingat lagi hari pertama persekolahan di tadika tersebut sebelum saya menjadi guru kelas Sumaiyyah macam biasalah perlu tenangkan anak-anak yang menangis, tak nak masuk kelas, nak mama papa. Hehe. Antara 7 orang yang menangis, 2 orang ialah dari kelas saya iaitu Raimi & Amirul. Minggu orientasi selama 3 minggu pun berjalan lancar dengan izinNya di mana waktu pagi mereka belajar, waktu petang mereka berehat atau tidur.

Apabila pembelajaran dijalankan seperti biasa, barulah saya tahu tugas seorang guru tadika tidak terlalu mudah. Tugasan yang paling dekat perlu saya lakukan ialah memastikan murid-murid kenal huruf dan boleh membaca pada bulan 3 dan seterusnya mereka mahir membaca pada bulan 5. Allahurabbi. Ini adalah cabaran yang agak berat bagi saya lebih-lebih lagi saya mengajar 5 tahun yang baru mengenal huruf, nombor dsbnya. Saya khuatir jika tak dapat mencapai target yang dikehendaki oleh pengurus TKB. Saya akan berusaha untuk mencapai target tersebut dan kepada Allah saya sandarkan segala-galanya agar urusan saya dipermudahkan sepanjang mengajar di situ. Ameen.

Perkara yang saya suka sepanjang mengajar di sini ialah suasana persekitaran yang Islamik. Anak-anak belajar doa-doa, hadis, mengaji, , iqra', akhlak, ibadah, sirah, akidah di samping subjek utama seperti BM, Math, BI, Sains serta Art & Craft. Setiap hari Isnin pula diadakan usrah guru di mana para guru boleh mendapat makanan tambahan rohani selepas mengajar. Tadika saya juga membuat rancangan mengajar mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak cuma ditambah dengan ERMK (Elemen Rabbani Merentasi Kurikulum). Saya berdoa agar diberi kekuatan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak Sumaiyyah seramai 18 orang, insyaAllah. Masa berlalu dengan begitu pantas dan saya perlu mengundur diri dahulu. InsyaAllah, panjang umur kita berjumpa di entri akan datang. Wallahua'lam.


Ahmad Zafer memenangi pertandingan mewarna semperna sambutan Maulidur Rasul 1433H =)

Muhammad Raimi Naufal, one of my hero =)

My Sumaiyyah 'childrens' =)
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©